Musa Aman persoalkan kenapa Shafie bubar DUN dalam keadaan COVID-19 masih ada



Musa Aman persoalkan kewajaran Ketua Menteri Shafie Apdal memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri, yang akan membuka laluan kepada pilihan raya di seluruh negeri, ketika wabak Covid-19.


Di samping itu, bekas ketua menteri Sabah itu juga berkata 33 akuan bersumpah yang menyatakan sokongan kepadanya sudah diserahkan kepada Yang di-Pertua Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pagi tadi.

“Bagaimana DUN boleh dibubarkan sedangkan kami mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan, adalah tidak wajar lebih-lebih lagi sekarang ini kita berdepan dengan wabak Covid-19,” katanya.

SUMBER: Free Malaysian Today 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *