[TERKINI] – DUN Sabah SAH dibubarkan, ini yang akan berlaku selepas ini

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan berkuat kuasa hari ini.


Pembubaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidnag media khas pagi ini.

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), berkata permohonan pembubaran itu sudah diperakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pagi ini.


“Saya berjumpa dengan Tun pagi ini dan atas kuasa Tun mengikut Perlembagaan Sabah beliau bersetuju (pembubaran DUN Sabah). Perakuan ini bagi membolehkan pilihan raya negeri dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 60 hari.

“Kita serahkan balik mandat kepada rakyat untuk menentukan siapa yang layak membentuk kerajaan negeri yang baharu. Saya yakin rakyat akan membuat keputusan yang bijak.


“Berikutan itu, cerita pasal apa saja angka dan nombor, angkat sana, angkat ini, DUN sudah terbubar,” katanya.


Mohd Shafie berkata, beliau kekal sebagai Ketua Menteri sehingga selesai pilihan raya negeri dikendalikan SPR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *