Statistik Kes Hepatitis di Malaysia

statistik
PUTRAJAYA – Dalam tempoh 10 tahun dari 2013 hingga 2023, statistik menunjukkan sebanyak 49,992 kes Hepatitis B telah dilaporkan. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan. Dalam tempoh yang sama, kes Hepatitis C mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 34,573 kes.

“Hepatitis B boleh dicegah melalui imunisasi yang dimulakan semasa kelahiran, diikuti dengan vaksinasi kombinasi pada umur tertentu. Bagi Hepatitis C pula, rawatan khusus kini boleh menyembuhkan jangkitan,” jelas beliau.

Beliau mengeluarkan kenyataan ini sempena Hari Hepatitis Sedunia yang disambut pada 28 Julai dengan tema tahun ini ‘Sudah tiba masanya untuk bertindak’ atau ‘It’s time for action’. Tema ini menekankan keperluan kerjasama dalam penyampaian perkhidmatan imunisasi, saringan, rawatan, serta penggiatan aktiviti advokasi antara kerajaan, swasta, dan NGO.

Hepatitis

Hepatitis adalah penyakit keradangan hati yang lazimnya disebabkan oleh jangkitan virus. Virus Hepatitis A dan E biasanya berjangkit melalui pengambilan makanan atau air tercemar dan tidak membawa kepada penyakit kronik. Sebaliknya, virus Hepatitis B, C, dan D berjangkit melalui darah atau cecair badan dan boleh menyebabkan penyakit kronik yang menjadi punca utama kepada sirosis atau parut hati serta kanser hati.

Laporan Hepatitis Global 2024 menunjukkan bahawa pada tahun 2022, terdapat anggaran 2.2 juta kes jangkitan baru viral hepatitis di dunia. Daripada jumlah itu, 1.1 juta adalah jangkitan Hepatitis B, 1.0 juta adalah Hepatitis C. Manakala 100,000 kes adalah jenis hepatitis lain. Angka kematian akibat hepatitis dilaporkan sebanyak 1.3 juta kes, di mana 83% kematian disebabkan oleh Hepatitis B dan baki 17% oleh Hepatitis C.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Amalkan Kehidupan Sihat

Dr Muhammad Radzi menasihatkan agar orang ramai sentiasa mengamalkan hidup sihat dan kebersihan diri untuk mengelakkan risiko jangkitan hepatitis. Golongan berisiko digalakkan menjalani ujian saringan hepatitis. Selain itu, turut disarankan mendapatkan nasihat serta rawatan di fasiliti kesihatan bagi mengelakkan komplikasi seperti penyakit hati yang teruk dan kanser hati.

“Ibu bapa yang tercicir imunisasi Hepatitis B untuk anak mereka perlu mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran untuk penjadualan semula,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai viral hepatitis dan vaksin, orang ramai boleh merujuk laman sesawang MyHealth dan Infosihat.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *