Kanak-Kanak Berumur 11 Tahun Rentung Dalam Kebakaran

KOTA MARUDU: Suasana di Kampung Blok 5, Pitas, dicemari kesedihan. Apabila tiga individu termasuk dua beranak ditemui rentung dalam kebakaran rumah awal pagi tadi. Tragedi ini mengorbankan Abdul Malik Mad Tasin berusia lingkungan 50-an, anak perempuannya Nur Adriana Qistina, 11, dan seorang warga emas bernama Salleh Onding berusia 60-an.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba Riki Mohan Singh Ramday, mengesahkan tiga lagi individu mengalami kecederaan, termasuk dua lagi anak Abdul Malik.

kebakaran

Kejadian ini disedari pada jam 2.19 pagi. Sembilan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I Asman Omar dikerahkan ke lokasi. Setibanya di tempat kejadian, mereka mendapati rumah jenis separuh kekal tersebut musnah sepenuhnya.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

“Turut terbakar adalah dua kenderaan jenis Perodua Kembara dan Proton Waja,” jelas Riki Mohan Singh Ramday.

Mayat Nur Adriana Qistina ditemui di ruang tamu, Abdul Malik di dapur, dan Salleh di bilik mandi. Mayat-mayat ini kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pitas oleh orang awam.

Operasi pemadaman berjaya mengawal api pada jam 3.25 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.36 pagi. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *