TAWAU – Bulan kemerdekaan adalah masa yang penuh semangat patriotisme di mana rakyat Malaysia merayakan kebebasan dan kejayaan negara. Dalam semangat ini, YB Rina Hj Jainal, ADUN Kukusan, hadir dalam program Jiwa Komuniti Madani Merdeka dan pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat DUN Kukusan.
Program ini, yang dianjurkan bersama oleh ADUN Kukusan dan Jabatan Penerangan Malaysia, melibatkan empat perhentian bermula dari awal pagi. Program ini meliputi Kampung Jawa Lanjut, Kampung Muhibbah, Kampung Hilltop, dan Kampung Sentosa. Inisiatif ini bertujuan menyemarakkan semangat kebangsaan dan cintakan negara, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Menurut Rina, program kibar Jalur Gemilang ini juga merangkumi pengibaran bendera Malaysia dan bendera Sabah, mencerminkan perpaduan dan kerjasama antara masyarakat.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Usahasama di bawah program komuniti madani ini mendapat pujian atas usaha mereka dalam memupuk semangat patriotisme. Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Penerangan Daerah Tawau atas konsistensi mereka dalam menganjurkan program seumpama ini, yang turut melibatkan DUN Kukusan.
Rina berharap program seperti ini akan terus mendapat sokongan daripada semua pihak, termasuk syarikat swasta. Hal ini untuk memastikan semangat kesatuan dan perpaduan terus berkembang tanpa mengira bangsa, kaum, dan agama.
Bulan Ogos yang juga merupakan bulan kebangsaan adalah masa yang penting untuk meraikan Hari Malaysia dan menyemarakkan semangat kebangsaan. Oleh itu, program-program yang menekankan kepentingan perpaduan dan semangat kebangsaan harus sentiasa disokong dan diperluaskan.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini