PPR Bukan Untuk Keuntungan

PPR

KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diingatkan untuk memantau Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi memastikan kemudahan ini digunakan oleh mereka yang benar-benar memerlukannya. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menegaskan, terdapat kes penerima PPR menyewakan rumah mereka untuk keuntungan, menunjukkan mereka tidak memerlukan PPR dan menghalang pihak yang layak daripada mendapat bantuan ini.

“Saya mahu semua PBT menapis pemohon PPR dengan lebih ketat dan memantau pelaksanaan program ini di kawasan masing-masing. Menurut perjanjian, penerima PPR tidak dibenarkan menyewakan rumah tersebut,” katanya semasa lawatan ke Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) di sini semalam.

 Hajiji, Joachim serta menteri kabinet yang lain merakamkan gamber kenangan ketika dalam mesyuarat itu.

Hajiji juga memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memohon sebanyak 5,000 unit PPR untuk Sabah tahun hadapan. Hal ini dimaklumkan selepas pertemuan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. Beliau turut menyeru PBT melaksanakan lebih banyak program kesedaran kebersihan bagi mengatasi masalah pembuangan sampah yang tidak terkawal.

Dalam menangani isu setinggan, Hajiji menekankan pentingnya tindakan segera oleh pasukan penguatkuasaan tempatan apabila mengesan bangunan yang didirikan di atas tanah kerajaan. Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Dr Jamili Nais, melaporkan terdapat 281 koloni setinggan di Sabah. Jumlah bagi koloni ini adalah di Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Selain itu, Hajiji mengarahkan PBT agar lebih proaktif dan melakukan pemeriksaan berkala terhadap kemudahan awam. Pemeriksaan ini termasuklah sistem perparitan dan lampu jalan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri KKTP, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, menekankan pendekatan bersepadu dalam menyelesaikan isu setinggan. Selain itu, mengutamakan penyelesaian isu kemiskinan dalam pentadbiran PBT – Utusan Borneo

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *