Tidak dapat dinafikan bahawa Covid-19 masih lagi belum berakhir dan baru-baru ini, daerah Tawau kembali ke zon kuning disebabkan seorang dijangkiti covid19. Kita masih belum lagi menang dan kita semua mestilah mengamalkan SOP bagi mengelakkan jangkitan Covid19.
Menerusi perkongsian Instagram akaun Tawautown, seorang staff Kementerian Kesihatan Tawau meluahkan rasa kekesalan terhadap segelintir orang Tawau yang melanggar SOP ketika lepak di Highway pada waktu petang.
“Rupa-rupanya orang tawau berpesta ria di Highway min.. tanpa pakai mask.. berduduk pun rapat-rapat..teda social distancing langsung”.
Beliau juga menjelaskan amat terkejut melihat keadaan highway Tawau yang jammed dan parking kereta yang penuh di tepi jalan persisiran Highway.
Luahan Hati Salah Seorang Warga KKM Tawau |
Tolonglah semua warga Tawau, kita bantu Kementerian Kesihatan Tawau dengan mengamalkan SOP, pakai mask dan mengamalkan social distancing.
Semoga semua warga Tawau sedar dan bertanggungjawab untuk menjaga diri masing-masing ketika keluar ke bandar. Sekiranya tidak mempunyai urusan penting, sebaiknya duduk di rumah sahaja. Kita belum lagi menang melawan Covid19, tapi kita mesti sentiasa berjaga-jaga.
#FightCovid19 #TawauKini
Sumber: Instagram TawauTown