Semangat Merdeka di Batu Payung Tawau

merdeka

TAWAU – Program JIWA Komuniti MADANI Merdeka memeriahkan Kampung Batu Payung, Tawau kali ini. Acara ini bukan sahaja bertujuan untuk memperingati Hari Kebangsaan tetapi juga untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan agama di kawasan tersebut. Program ini dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah

Datuk Nizam, ADUN Apas dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan Negeri Sabah di bawah pimpinan Puan Jainisah kerana memilih Kampung Batu Payung sebagai salah satu lokasi persinggahan dalam Jelajah Konvoi Merdeka 2024.

merdeka

Beliau menyatakan rasa syukur kerana program ini dapat menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan agama. Selain itu, program ini turut dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kerjasama dalam memastikan pembangunan negara dilaksanakan dengan jayanya.

Datuk Nizam juga menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu yang boleh merosakkan keharmonian negara. Jabatan Penerangan telah menubuhkan Jawatankuasa Komuniti Madani sebagai rakan strategik. Jawatankuasa ini digunakan untuk menyampaikan berita yang sahih dan menjadi mata serta telinga kerajaan di peringkat akar umbi.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Sebagai sebahagian daripada program ini, komuniti kampung setempat, termasuk Kampung Batu Payung, Kampung Tinagat, dan Kampung Mambalua, telah mengadakan Ekspedisi Merdeka dengan mendaki Bukit Hitam dan Bukit Cinta. Datuk Nizam turut menyertai pendakian ini dan menyatakan bahawa kawasan tersebut berpotensi menjadi tarikan pelancong.

Beliau berharap agar jabatan dan agensi berkaitan dapat bekerjasama untuk menjadikan aktiviti jungle trekking di kawasan ini sebagai satu lagi tarikan pelancongan di samping kawasan riadah.

merdeka

Kembara Merdeka Jalur Gemilang

Pengarah JaPen Sabah, Jainisah Mohd Noor, turut berkongsi bahawa Kembara Merdeka Jalur Gemilang sedang berlangsung di seluruh negeri Sabah. Konvoi ini melibatkan perjalanan sejauh 2,400 kilometer. Program ini bertujuan mengajak rakyat Sabah mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Sambutan yang menggalakkan dari masyarakat menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi. Diharapkan agar ia berkekalan hingga Hari Malaysia pada 16 September nanti.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *