Sushita Tawau! Sushi Homemade Selera Tawau yang Sedap dan Mengiurkan!

Bagi penggemar sushi di Tawau, sushi homemade selera tawau Sushita adalah sushi yang wajib untuk dicuba. Apa tidaknya kebanyakan sushi yang dibuat sangat sedap dan mengiurkan bha. Aina jo. Bikin beliur bah. 



Kebanyakan sushi yang dibuat adalah mengikut selera tempatan seperti contohnya sushi palekko, sushi lato dan macam-macam jenis sushi lagi. Harganya pun berpatutan dan sesuai dengan saiznya.



Ikuti temubual krew Tawaukini bersama dengan pemilik Sushita Tawau:


Q: Bila start perniagaan?

A: “x sure tarikh, yang pasti musim pkp, bulan june start advertise kat ig, fb n open order”.
Q: Hari apa sak sushi dijual?

A: “Setakat ni weekend sahaja sebab weekdays sy kerja, ada ja terima tempahan tp kena book awal”
Q: Jual di mana?

A: “for now,open order n cod kerumah2”
Q: Di mna boleh dapatkan sushi sushita di bandar?

A: kedai beauty & delicious, area sabindo, sebaris letton berhadapan avon.
Any inquiries  boleh direct pm and any update pasal sushi akan dbagitau d ig😊
Nama ig: sushita_hq
Q: Harga setiap sushi?

A: Jenis gunkan(yg lilit seaweed n topping lauk d atas) RM 1 /PCS
Jenis gunkan EBIKO RM2/PCS
Jenis inari RM2/PCS
Jenis sushi roll Rm10/roll
Ramai yg minat dalam bentuk set, contoh set smua ada d ig 😊


Q: Sushi yang orang selalu order?

A: “Best seller is ebiko, inari, ayam peleko  spicy tuna n egg mayo. Menu always berubah setiap minggu so customer x kesah pun slalu support je smua menu”

Q: Bagaimana tercetus idea sushita?

A: “ Minat tengok anime jepun, start kenal2 dgn tradisi n makanan jepun. Ikut kelas kursus buat sushi secara pjj, then rasa mau olah dgn citarasa kampung halaman sndiri sbb masa tu baru lepas raya banyak melantak peleko, ayam likku smua tu. Bila google2 ramai ja buat citarasa melayu mcm rendang ayam smua tu. So kita proceed dgn sushi peleko n bakso tuu….sbb org tawau mmg suka 2 benda ni kan”


Bah apa tunggu lagi gais. Bila lagi mahu try sushi homemade tawau? Mengorder cuba try test kamu rang. Min sudah beli, kamu bila lagi? ihiks hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *