Program ini bukan sahaja berjaya memperkasakan dan memartabatkan seni budaya tempatan, malah ia juga berperanan penting dalam merapatkan silaturahim di kalangan suku kaum yang berbeza.
Kehadiran ramai warga yang mencintai seni budaya menjadi bukti kesepaduan masyarakat. Kesepaduan ini menjadikan program yang dilakukan sebagai satu platform yang bermanfaat dalam mengukuhkan identiti budaya dan keharmonian sosial.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Datuk Nizam menekankan kepentingan acara sebegini dalam mempereratkan hubungan antara komuniti, sekaligus menjadikan seni budaya sebagai alat perpaduan yang kuat.
Acara tersebut dimeriahkan dengan persembahan daripada enam etnik iaitu Etnik Bugis, Etnik Dayak/Kenya dan Etnik Bajau. Selain itu, beberapa lagi etnik turut melakukan persembahan iaitu Etnik Tidung, Etnik Toraja dan Etnik Arab.
Kesemua yang hadir sangat menikmati persembahan yang dipersembahkan. Penduduk disekitar kampung hadir memeriahkan acara. Turut hadir ke program tersebut adalah Bekas ADUN Tanjung Batu, Datuk Hamisah Samat, ADUN Kukusan, YB Rina Hj Jainal. Selain itu, Pemimpin Pembangunan Tanjung Batu, Tuan Saharudin turut hadir bersama.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.