Menghubungkan Penduduk dengan Agensi Kerajaan di Apas

apas

TAWAU – Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan APAS, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, merasmikan majlis penutupan Karnival Sukaneka Komuniti Sihat dan Cergas. Program ini diadakan di Taman Perumahan Rakyat Sri Apas.

Program ini bukan sahaja merangkumi acara sukaneka dan sukan keluarga, tetapi juga pameran pelbagai agensi kerajaan seperti PTPTN, ASNB, EPF, PERKESO, dan pemeriksaan kesihatan.

apas

Datuk Nizam menyatakan bahawa program ini berjaya menarik perhatian penduduk Taman Perumahan Rakyat Sri Apas. Sekaligus mencapai matlamatnya dengan sambutan yang menggalakkan.

Penduduk tidak hanya menikmati aktiviti riadah tetapi juga memperoleh maklumat penting daripada agensi kerajaan yang hadir.

Datuk Nizam menegaskan keperluan untuk tindakan susulan, terutama dalam memastikan maklumat yang diperoleh direalisasikan dengan tindakan seterusnya.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Contohnya, pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran boleh memanfaatkan maklumat PTPTN untuk menguruskan pinjaman. Selain itu, suri rumah juga boleh mendapatkan maklumat mencarum dengan PERKESO melalui skim khas.

Beliau juga mengumumkan cadangan yang dibawa kepada kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyediakan peruntukan bagi perumahan rakyat di Apas. Hal ini untuk mengatasi masalah setinggan yang berleluasa di kawasan itu.

apas

Datuk Nizam yakin bahawa perumahan rakyat merupakan keperluan penting yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak berwajib.

Program itu dihadiri oleh penduduk perumahan disini. Pelbagai aktiviti sukaneka diadakan dan hadiah menarik bagi acara cabutan bertuah yang diadakan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *