Kisah ini terjadi ketika aku berada di tingkatan 3, di sebuah sekolah di daerah Tawau. Nama sekolah ini biarlah dirahsiakan.
Ketika itu, aku mengikuti program perkhemahan bersama-sama rakan yang lain di padang sekolah. Sebelum memasuki kawasan padang iaitu dimana tapak perkhemahan diletakkan, seorang ustaz mula memberikan arahan kepada kami semua.
“Kamu semua tidak boleh keluar daripada garisan ini selepas pukul 12 pagi kecuali ditemani oleh guru pengiring.” Aku melihat jari telunjuk ustaz itu yang menuju kepada lilitan tali yang sepertinya sudah memagari kawasan tapak perkhemahan.
Kami semua mengangguk faham. Tiada lagi perkara mistik yang berada di benak kami time itu. Mungkin sahaja untuk elakkan pelajar dari keluar berdating di tempat yang gelap dan jauh dari tapak perkhemahan.
….
Program berjalan lancar sehingga ke petang, dan tibalah waktu senja. Entah mengapa pada waktu senja tu, perasaan aku lain macam. Sejuknya lebih dingin dari biasa. Ah, aku persetankan saja fikiran aku time tu. Ya, biasalah bukan selalu alami perasaan camping di sekolah, lagi-lagi setelah melihat kawasan sekolah yang mula dimakan gelap. Memanglah perasaan seram itu ada, biasalah tu. Aku mula menenangkan fikiranku.
**
Sehabis solat Maghrib berjemaah di kawasan padang, ustaz di hadapan memberikan tazkirah. Aku hanya mendengar sekilas, dan mata mula meliar ke arah kawasan sekolah yang sudah cukup gelap. Hanya beberapa biji lampu yang dihidupkan dikawasan arah pejalan kaki dan koridor bangunan. Perasaan dingin itu datang kembali.
Entah mengapa, mata aku terpaku ke arah kawasan pejalan kaki menuju ke blok kilat (blok kayu yang berada di kawasan sekolah). Aku melihat seorang perempuan memakai baju putih dan juga tudung berwarna putih. Perempuan itu berjalan sangat perlahan . Hmmm, tapi peliknya skirtnya pula bukanlah berwarna biru cair seperti pakaian seragam sekolah menengah biasa, tetapi berwarna merah jambu. Ia seakan-akan pelajar perempuan yang memakai baju seragam Persatuan Puteri Islam (PPIM) namun warna tudungnya sahaja yg berlainan. Aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku.
Perasaanku berbaur pelik. Siapa pula yang pakai seragam PPIM maghrib-maghrib macam ni? Jalan sendiri-sendiri pulak tu pegi blok kilat.
Hmm, perasaanku sudah bercambur baur. Dalam hati. “Ah, lantaklah.” Mungkin khalayanku saja yang buatkan aku fikir yang bukan-bukan. Aku persetankan saja.
Selepas solat maghrib, kami mula berkumpul untuk makan malam. Aku dan kawan-kawan pun duduk makan di kawasan yang kami panggil astaka. Astaka ni menghala ke padang, memang kalau ada acara-acara sukan, memang tempat inilah yang paling strategik untuk melihat apa-apa pertandingan.
Time makan tu, entahlah kenapa bodoh betul mataku. Mataku mula meliar lagi dikawasan padang. Pertama sekali aku memang mahu santai-santai saja melihat kawasan sekolah dan padang yang gelap. Takkanlah aku mahu tengok dinding saja kan?
Dalam masa aku meliarkan mata, mataku terpanah pada pokok-pokok besar dihujung padang. Yang aku ingat, ada empat batang pokok yang sudah dewasa berhampiran dengan gelanggang bola tampar.
Nah! Disinilah aku mula menggosok-gosok mata. Aku nampak dengan jelas ada perempuan tinggi berambut panjang dan berbaju putih tengah berdiri di depan sebuah pokok. Tingginya tu separuh daripada pokok tu. Memang cukup tinggi!
Aku time ni tidaklah kaget, cuma tulah, aku tidak bagitahu dgn siapa-siapa pun benda ni. Orang cakap, kalau nampak sesuatu jangan ditegur. Nanti silap-silap kita yang keteguran.
Sosok tu berdiri lama jugak di hadapan pokok tu, hanya statik begitu sahaja. Kira-kira sampai pukul 2 pagi macam tulah, lepas tu entah mana dia menghilang. Hmm, dalam hatiku, dia-dialah sudah tu boskur!
Aku ingat lagi, kalau diagak-agak memang sosok tu berdiri tepat di luar tali yang petang tadi ustaz pagarkan. Nasib baiklah ustaz sudah pesan jangan keluar malam dari garisan tali tu. Kalau ndak, hmmm ndaktaulah apa jadi. Bergegalll kita.
Time waktu tidur di dalam khemah pulak, sejuk mula mengigit. Aku memang tidak dapat tidur malam tu, sejuknya macam di antartika walaupun aku tidak pernah sampai di antartika. Entah macamana aku rasa diluar khemah seperti ada benda yang menguis-nguis/mencakar-cakar dinding khemah tepat di kepalaku. Ah sudah! Time nilah aku paksa ja mata untuk tidur sambil baca surah-surah yang aku tahu. Tuhan, biar esok saja aku ceritakan dengan kawan-kawanku. Nanti kesampukan lagi.
Alhamdulillah, perkhemahan berakhir dengan aman keesokan harinya. Aku ceritakan semua dengan ustaz pengalaman aku semalam. Ustaz cakap, “Biasalah tu, dia usik-usik orang first time camping.” Hmmm, tidak tahulah apa mahu cakap lepas tu.
*
Ya, serba begitulah pengalamanku berkhemah di sebuah sekolah menengah di daerah Tawau. Cukup angker ya kawan-kawan.
Pasal yang blok kilat tu, senior cakap memang sudah popular dengan benda-benda mistik. Contoh kes, pernah ada perempuan menangis ketika guru mengajar dan juga penampakan kelibat-kelibat tertentu selepas pukul 5.30 petang.
Ha, belum lagi cerita pasal aku dan kawan-kawan bermalam di bilik kaunseling untuk persediaan program keesokan harinya. Benda tu meniru bunyi-bunyian yang ahli dikir barat buat selepas mereka latihan. Kau rasa time tu perasaanmu? Macamana? Aku masih ingat lagi aku berpeluk dengan kawan-kawan sambil menguatkan semangat. Hahahaa.
Okey, habis disini saja cerita. Ada masa, aku sambung cerita-cerita lain. Akhir kata, aku ada satu persoalan. Kamu kenal sekolah yang diceritakan di atas? Kalau tahu, diam-diam saja ya. Nanti dia dengar.
**
Oh ya, kalau kamu ada pengalaman seram time di sekolah dulu. Ceritalah dan kongsi dibahagian komen dibawah.