Epik! Pemuda Dari Tawau Ini Lengkap Berbaju Melayu di Puncak Kinabalu



Kebiasaannya, kemeriahan Hari Raya Aidilfitri kita raikan di kampung halaman bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. 

di Tawau khasnya, amalan ziarah menziarahi dan majlis rumah terbuka diadakan saban tahun, meskipun pada tahun ini pergerakan agak terhad disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Berbeza dengan semangat beberapa individu dari Tawau, Sabah ini mewujudkan kelainan yang “cool”  pada hari ke-8 sambutan Aidilfitri tahun ini. 

Mana tidaknya, mereka melakukan ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu, kemudian mengenakan pakaian melayu lengkap bertanjak sejurus tiba di puncak gunung. Menarik bukan?

Ikuti artikel yang kami bawakan khas selepas salah seorang daripada mereka, Shazwan Zainie ditemuramah oleh krew TawauKini.

MISI PENDAKIAN

Ekspedisi pendakian ke puncak gunung mengambil masa 2 hari. Hari pertama mereka mendaki setinggi 6km dan tiba ke Pana Laban (hostel atau tempat menginap bagi para pendaki).

Keesokan harinya, sekitar pukul 3 pagi misi pendakian ke puncak diteruskan, menempuh suasana subuh yang gelap bersama suhu 4 darjah celcius, dan jarak ketinggian 2.8km untuk sampai ke puncak.

MENDAKI BERSAMA AYAH dan SAHABAT KARIB

Pendakian saudara Shazwan untuk kali ke-3 ini bukanlah berseorangan. Beliau ditemani oleh ayah beliau, Encik Jainal Hending yang sangat berpengalaman dalam dunia “hiking”. Bahkan, Encik Jainal telah mendaki Gunung Kinabalu sebanyak 26 kali. Fuh, luar biasa!

saudara Shazwan bersama ayahnya, Encik Jainal Hending



saudara Shazwan juga turut ditemani oleh seorang lagi rakan karibnya, saudara Irfan Safwan, yang turut melengkap misi kali ke-2 menawan puncak kinabalu.


saudara Shazwan bersama rakannya, saudara Irfan Safwan



MEMBAWA KELAINAN yang COOL 

Pada mulanya, idea untuk mengenakan baju melayu ini adalah disebabkan sesi fotografi baju melayu dan tanjak yang ditaja oleh Acok Khan (facebook : Acok Khan).

Bahkan, disebabkan PKPB serta peraturan kerajaan untuk amalan ziarah menziarahi dilakukan selama satu hari sahaja, mereka memutuskan untuk sambung “berhari raya” di puncak Gunung Kinabalu. Lain macam! Haha.


Sudah semestinya pergerakan mereka sepanjang misi pendakian terkawal rapi, dengan mengutamakan SOP yang telah ditetapkan oleh Taman-Taman Sabah.

PERASAAN TERUJA

Meskipun pendakian kali ini sedikit mencabar disebabkan kurang latihan, ditambah dengan PKPB yang menjadikan aktiviti riadah terhad untuk dilakukan, tidak menghalang semangat gagah mereka untuk tiba ke puncak Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Jom lihat foto-foto menarik mereka sepanjang berada di Gunung Kinabalu!

Facebook : Shazwan Zainie Jainal
Instagram : @shazwan.z

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *