TAWAU – Mempelajari seni mempertahankan diri, khususnya silat, bukan sahaja membantu meningkatkan ketahanan fizikal, malah turut membina disiplin dan nilai murni dalam diri seseorang.
Menurut Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, menekankan bahawa seni mempertahankan diri ini bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi juga satu bentuk warisan budaya yang mendidik generasi muda mengenai nilai sejarah dan perjuangan pejuang terdahulu dalam mempertahankan negara.
Beliau mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Silat Gayung Panji Alam, khususnya Ustaz Abdul Razak. Hal ini kerana, kegigihan atas usaha memperluaskan seni mempertahankan diri ini di seluruh Sabah, Malaysia, dan juga hingga ke luar negara seperti Thailand dan Mesir.
Dalam dunia moden yang serba pantas, seni silat memainkan peranan penting dalam mengingatkan masyarakat tentang kepentingan menjaga khazanah budaya. Menurut Datuk Nizam, silat membantu anak-anak muda memahami perjuangan nenek moyang yang menggunakan ilmu ini untuk mempertahankan tanah air daripada ancaman penjajah.
Melalui latihan silat, pelajar bukan sahaja mempelajari kemahiran mempertahankan diri, tetapi juga diajar tentang disiplin. Selain itu, turut menyemai sifat hormat-menghormati, dan nilai kepahlawanan yang tinggi.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Ustaz Abdul Razak, selaku pemimpin Silat Gayung Panji Alam, mengucapkan terima kasih kepada Datuk Nizam. Beliau telah dipilih menjadi penerima Sandang Imam Khalifah Negeri Sabah dan sokongan yang diberikan dalam menyebarluaskan silat di negeri ini.
Ustaz Abdul Razak turut berkongsi bahawa program ini kini diperluaskan ke sekolah-sekolah. Di mana anak-anak dibimbing dan diajar seni mempertahankan diri ini, sekali gus membantu mereka menjauhi aktiviti yang tidak berfaedah.
Sokongan Berterusan
Datuk Nizam berjanji akan terus memberikan sokongan penuh terhadap usaha ini. Dalam program selama lima hari yang dianjurkan baru-baru ini, seramai 129 orang menerima sandang. Selain itu, turut disertai daripada 700 anak-anak Gayung dari seluruh Sabah. Datuk Nizam ditemui ketika merasmikan Majlis Pemasyuran Sandang Kebesaran Pertubuhan Seni Silat Gayong Panji Alam Malaysia.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.