COVID-19: PM buat pengumuman khas malam ini

Satu pengumuman khas akan dibuat pada malam ini (Isnin) berhubung situasi semasa penularan wabak COVID-19 di negara ini.


Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengumuman itu akan dibuat menerusi siaran langsung selepas beliau mempengerusikan mesyuarat khas bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).




“Perkara itu (perintah berkurung) akan kita bincang hari ini dalam mesyuarat yang akan saya pengerusikan bersama NADMA.

“Kita akan bincangkan berkenaan langkah yang perlu diambil dan kita akan umumkannya pada malam ini untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, tular di laman sosial mendakwa Malaysia bakal mengenakan perintah berkurung susulan peningkatan mendadak jumlah kes COVID-19 sejak semalam.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam sebuah hantaran menerusi akaun Facebook rasminya, berkata penyebaran infografik mengenai ‘lockdown’ itu adalah palsu.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *