TAWAU – Program Pelaksanaan Operasi Sifar Cicir di Sabah merupakan inisiatif yang penting dalam menangani masalah keciciran pelajar. Hal iniĀ terutamanya yang berkait dengan dokumentasi.
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Program ini menyasarkan tiga kategori utama: murid warganegara yang ingin kembali bersekolah, murid tanpa dokumen, dan murid tanpa kewarganegaraan.
Dalam program ini, agensi-agensi seperti JHEAINS, Pejabat Kesihatan Daerah, dan Pejabat Pendaftaran turut serta bagi memberikan pengesahan dokumen yang diperlukan.
Sehingga kini, sebanyak 104 keluarga telah tampil membuat permohonan kemasukan sekolah. Dengan inisiatif ini, ibubapa dan penjaga diberi peluang untuk memastikan anak-anak mereka mendapat hak pendidikan.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Program ini telah berjalan sebanyak tiga kali di kawasan Parlimen Kalabakan, dengan sokongan Ahli Parlimen, Datuk Andi Suryady Bandy, yang turut hadir dalam lawatan ke program ini.
Andi berkata program ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi memastikan tiada murid yang tercicir daripada pendidikan dan seterusnya mengurangkan masalah sosial. Sambutan daripada ibubapa amat digalakkan untuk memastikan pendidikan dapat diakses oleh seluruh lapisan masyarakat di Sabah.
Inisiatif ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang bagi murid yang berdepan masalah dokumentasi untuk terus menerima pendidikan, sekaligus memastikan masa depan yang lebih cerah buat mereka.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.