SMJ Drone 2024: Meneroka Masa Depan Belia Sabah dengan Teknologi Dron

drone

TAWAU – Penggunaan dron atau “drone” semakin penting dalam pelbagai bidang. Hal ini termasuklah seperti pemantauan keselamatan, pertanian, dan penyelidikan persekitaran, memberikan sumbangan besar kepada perkembangan teknologi moden.

Dengan mengambil kira potensi ini, SMJ Drone 2024, program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P190 Tawau, telah diadakan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai aplikasi dron dan inovasi teknologi.

drone

Dalam program ini, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Sabah, Datuk Ariffin Arif, mengucapkan tahniah kepada Datuk Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau, atas usaha beliau dalam menganjurkan program ini.

Menurutnya, kementeriannya akan menyokong dengan kepakaran dan bantuan dana untuk penganjuran program ini diperingkat yang lebih tinggi pada masa akan datang. Dalam masa yang sama, program ini juga berhubung kait dengan Program “science, technology, engineering and mathematics” atau lebih dikenali dengan STEM.

Dengan itu, Kerajaan Negeri Sabah juga akan menambah peruntukan tahunan bagi program STEM. Sebelum ini hanya RM15,000 ditingkatkan kepada RM20,000 bagi setiap Pejabat Pendidikan daerah untuk Karnival STEM. Program ini selaras dengan misi kerajaan untuk memperkasakan pendidikan STEM di Sabah, terutama dalam kalangan pelajar sekolah.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Datuk Lo Su Fui juga mengutarakan rancangan untuk memanfaatkan teknologi dron bagi kepentingan masyarakat, termasuk dalam perkhidmatan bomba.

Memandangkan Tawau mempunyai banyak penempatan setinggan di atas air, beliau mencadangkan penggunaan dron pemadam api bagi pasukan bomba. Cadangan ini bagi meminimumkan risiko kepada pasukan penyelamat. Hal ini juga sekaligus meningkatkan keberkesanan dalam misi menyelamat.

drone

Buka Peluang Baru dan Perkasa Belia

Program SMJ Drone 2024 ini diharapkan dapat menjadi platform tahunan yang berterusan. Seterusnya membuka peluang baru dan memperkasa belia di Tawau serta Sabah secara keseluruhannya.

Selain itu, turut diumumkan pemenang bagi Pertandingan Video Pendek Drone di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan agensi kerajaan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau menggunguli pertandingan video pendek dron yang diadakan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *