Akademi Bola Sepak Tawaukini: Platform Anak Muda Mencipta Impian

akademi tawaukini

Akademi Bola Sepak Tawaukini – Dikuasakan Oleh Tawaukini Media Solution dan Sanggar Digital Enterprise, Dengan Tajaan Allianz Malaysia

akademi tawaukini

Diasaskan oleh Rahman Imuda pada tahun 2022, Akademi Bola Sepak Tawaukini merupakan projek kemasyarakatan hasil kerjasama syarikat Tawaukini dan Sanggar Digital, sebuah syarikat pemasaran digital yang berpusat di Tawau. Bermula dengan empat jurulatih dan 60 pelatih, akademi ini kini berkembang pesat dengan lebih daripada 150 pelatih aktif.

Komitmen Coach Rahman dan pasukannya menjadi asas kekuatan akademi ini. Coach Rahman memiliki lesen C kejurulatihan, dua jurulatih memiliki lesen D, dan enam lagi dengan lesen akar umbi. Kesemua mereka telah menjalani kursus kejurulatihan, termasuk Rahman yang terbang ke Semenanjung untuk mendapatkan ilmu dalam bidang tersebut.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Sabah FC Ke Tawau

Latihan diadakan setiap Ahad, bermula jam 7.30 pagi hingga 10 pagi di Padang A, Kompleks Sukan Tawau. Akademi juga telah menghantar pasukan ke pelbagai pertandingan dan perlawanan persahabatan bagi memberi pendedahan serta pengalaman kepada pelatih. Selain itu, akademi ini aktif menganjurkan pertandingan bola sepak sebagai usaha memperkasakan komuniti sukan di daerah ini.

Matlamat utama akademi ini adalah menyediakan platform alternatif kepada generasi muda yang berminat dengan bola sepak, sambil membentuk kemahiran dan nilai positif. Kejayaan akademi ini tidak akan terwujud tanpa sokongan daripada ibu bapa, pemimpin tempatan, dan para penaja yang sentiasa memberikan galakan.

Dengan usaha berterusan, Akademi Bola Sepak Tawaukini berpotensi menjadi wadah utama untuk mencungkil bakat baharu dan memupuk kecemerlangan bola sepak di Tawau.

Ikuti perkembangan akademi ini di Facebook Rasmi pada pautan berikut : Akademi Bola Sepak Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *