Kesedaran Membimbing Murid Berkeperluan Khas: Tanggungjawab Bersama

berkeperluan

TAWAU – Murid berkeperluan khas (MBK) merujuk kepada pelajar yang memerlukan pendekatan pendidikan unik berbeza daripada biasa, termasuk mereka yang tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

Mereka mungkin menghadapi cabaran intelektual, fizikal, atau emosi yang memerlukan bimbingan dan perhatian khusus untuk mencapai potensi penuh sebagai pelajar dan individu.

berkeperluan
Datuk Nizam menerima cenderamata daripada Tuan Mat Noor

Baru-baru ini, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah memuji usaha Pejabat Pendidikan Daerah Tawau menganjurkan Karnival Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBKH).

Acara ini, menurutnya, bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat, ibu bapa, dan guru mengenai tanggungjawab bersama dalam mendidik MBKH. Hal ini supaya mereka tidak tercicir daripada peluang pendidikan.

Datuk Nizam menegaskan pentingnya kerjasama antara kementerian, sektor swasta, dan masyarakat untuk membimbing murid-murid ini supaya mampu berdikari. Seterusnya memberikan manfaat kepada diri sendiri, keluarga, dan negara.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Beliau juga menyeru agar ibu bapa tidak malu untuk merujuk anak-anak yang menunjukkan kelainan kepada pakar kesihatan. Tindakan ini untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

Pendidikan khas perlu diberikan agar mereka menerima bimbingan sesuai dengan keperluan mereka. Dengan 10 sekolah rendah dan 7 sekolah menengah yang menyediakan kelas khas di daerah Tawau, Datuk Nizam menggesa ibu bapa untuk memanfaatkan peluang ini.

berkeperluan
Datuk Nizam ketika ditemui media

Setiap anak mempunyai kelebihan tersendiri. Walaupun dikategorikan sebagai OKU, dengan didikan yang sesuai, MBK dapat membina keyakinan diri, berdikari, dan berjaya.

Masyarakat harus memainkan peranan penting dalam menyokong mereka, memastikan tiada individu tercicir daripada peluang pendidikan yang layak mereka terima.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *