Projek Jalan Sungai Pukul-Bergosong: Harapan Baru untuk Ekonomi Pulau Sebatik

sebatik

TAWAU – Pulau Sebatik, sebagai kawasan strategik yang berkongsi sempadan dengan Indonesia, memerlukan perhatian khusus untuk memastikan masyarakatnya tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Datuk Andi Suryady Bandy, Ahli Parlimen Kalabakan, komited dalam usaha menaiktaraf infrastruktur di Pulau Sebatik. Antara inisiatif utama adalah pembinaan jalan dari Sungai Pukul ke Bergosong.

sebatik

 

Jalan ini akan menggantikan laluan ladang dan jalan laut yang digunakan selama ini, memberikan kemudahan kepada petani, nelayan, dan penduduk untuk memasarkan hasil mereka, menghantar anak-anak ke sekolah, serta menjalankan aktiviti harian dengan lebih mudah.

Selain itu, kerajaan persekutuan telah meluluskan pembinaan pos kawalan sempadan di Pulau Sebatik untuk memantau pergerakan keluar masuk di kawasan yang tiada pagar pemisah.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Tingkat Keselamatan Pulau Sebatik

Penambahbaikan ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan keselamatan tetapi juga memastikan Pulau Sebatik mendapat perhatian setara dalam pembangunan nasional. Namun, beberapa cabaran seperti isu pemilikan tanah telah menyebabkan kelewatan projek infrastruktur ini.

Datuk Andi berkata demikian dalam program Sebatik Berselawat hasil inisiatif Sekolah Agama Negeri Sungai Pukul. Program ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat, dengan kehadiran Mufti Negeri Sabah sebagai tanda sokongan penuh.

Melalui acara ini, nilai-nilai murni dan keagamaan diterapkan, khususnya kepada generasi muda, agar mereka tidak tersasar dalam menegakkan syiar Islam.

sebatik

Sebagai penghargaan, Datuk Andi mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan masyarakat yang hadir. Selain itu beliau turut menekankan kepentingan perpaduan dalam membangunkan komuniti Pulau Sebatik.

Infrastruktur dan nilai keagamaan yang kukuh akan menjadi tunjang kepada kemajuan yang berterusan di pulau ini.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *