Program Berkhatan: Kepentingan dan Inisiatif untuk Membantu Keluarga Asnaf

TAWAU – Berkhatan merupakan amalan penting dalam ajaran Islam yang bukan sahaja mempunyai aspek spiritual tetapi juga kesihatan. Namun, kos berkhatan menggunakan kaedah moden seperti laser, yang lebih cepat sembuh dan kurang risiko jangkitan, boleh mencecah antara RM150 bagi seorang kanak-kanak. Kos ini sering menjadi beban besar bagi keluarga berpendapatan rendah, terutama keluarga asnaf.

berkhatan

Menyedari cabaran ini, Parlimen Tawau dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah mengambil langkah proaktif. Mereka telah menganjurkan program berkhatan bagi membantu meringankan beban keluarga asnaf. Program ini berjaya memberikan manfaat kepada 130 kanak-kanak asnaf yang ditaja sepenuhnya.

Datuk Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau, pula memuji kejayaan penganjuran program ini yang melibatkan 4 lokasi berkhatan di sekitar bandar Tawau. Beliau menekankan bahawa berkhatan merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Perkara ini selari dengan hala tuju Parlimen Tawau untuk menyokong program-program yang bermanfaat untuk rakyat, khususnya golongan asnaf.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Dalam satu temu bual yang sama, Datuk Malai Ali, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), menekankan kepentingan inisiatif seperti ini “Program ini bukan sahaja membantu anak-anak asnaf untuk berkhatan, tetapi juga meringankan beban kewangan keluarga mereka. Kami di MUIS berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujar beliau.

berkhatan

Menurut beliau lagi, MUIS komited dalam usaha membantu bukan sahaja dari aspek pendidikan dan sahsiah, tetapi juga pembangunan rohani. Program ini menjadi simbol kebersamaan dan keprihatinan masyarakat terhadap golongan asnaf.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Hospital Tawau yang telah memberikan sokongan padu dalam memastikan program ini berjalan lancar.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *