Usaha Bersama Membanteras Jenayah Seksual di Tawau

TAWAU – Jenayah seksual terhadap kanak-kanak adalah satu isu serius yang melibatkan penderaan fizikal, emosi, dan seksual terhadap mereka yang berada dalam lingkungan umur muda. Mangsa sering mengalami trauma yang berpanjangan, mempengaruhi perkembangan mental dan emosi mereka. Di Tawau, isu ini semakin membimbangkan dengan peningkatan kes sepanjang tahun lalu.

kempen banteras jenayah seksual

Dengan itu, satu program membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak telah berlangsung. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Rina Hj Jainal, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN N70 Kukusan. Program ini dianjurkan oleh Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Daerah Tawau dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan pelbagai agensi lain.

YB Datuk Rina ketika ditemui memaklumkan “terdapat 237 kes melibatkan penderaan seksual, emosi, dan fizikal terhadap kanak-kanak di Tawau sepanjang tahun 2024.”

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

“Di samping itu, 40 kes jenayah melibatkan kanak-kanak dan 4 kes kanak-kanak tidak terkawal juga dilaporkan. Punca utama adalah pendedahan tanpa kawalan terhadap internet dan media dalam talian yang menjadi ruang pengaruh negatif.”

Selain itu, program ini juga menekankan keperluan sokongan menyeluruh daripada ibu bapa, masyarakat, dan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dalam sesi ceramah dan program kesedaran, pegawai PDRM memberikan panduan untuk melindungi kanak-kanak daripada ancaman siber dan jenayah seksual.

kempen banteras jenayah seksual

Kempen ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kesedaran, tetapi juga menggalakkan tindakan bersama semua pihak. Pendidikan dan sokongan daripada ibu bapa amat penting untuk memastikan kanak-kanak memahami batasan dan bahaya dunia siber.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *