Galakkan Lebih Banyak Pembukaan Gelanggang Silat Gayung Panji Alam di Apas

TAWAU – YB Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Apas, mencadangkan pembukaan lebih banyak gelanggang Seni Silat Gayung Panji Alam di kawasan Apas untuk mendekatkan belia dengan aktiviti berfaedah.

Beliau menekankan perlunya kerjasama antara pengurusan masjid dan pertubuhan silat. Hal ini adalah untuk memanfaatkan ruang masjid sebagai platform menarik anak muda agar lebih dekat dengan agama.

silat gayung

Ketika ditemui dalam Majlis Apresiasi Anugerah Kecemerlangan dan Makan Malam Persatuan Seni Silat Gayung Panji Alam Malaysia di Dewan Sri Tawau, beliau memuji usaha pertubuhan itu yang telah menarik minat pelajar sekolah untuk mendalami seni silat.

Menurutnya, aktiviti ini bukan sahaja membentuk disiplin dan tanggungjawab tetapi juga mendekatkan individu kepada Allah SWT. “Saya berharap seni silat ini dapat dikembangkan ke seluruh Sabah, termasuk di kampung-kampung luar bandar,” tambah beliau.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Pertubuhan Seni Silat Gayung Panji Alam, yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Razak Hasan, telah mencatat pencapaian membanggakan. Terutamanya dengan penyertaan lebih 4,000 ahli dalam tempoh setahun.

Mereka telah membuka cawangan di beberapa daerah seperti Tawau, Semporna, Sandakan, dan Kota Kinabalu. Selain itu mereka juga bercadang meluaskan ke Sipitang, Beaufort, dan Tongod. Seni silat ini turut melebarkan sayap ke luar negara, termasuk Thailand dan Mesir.

silat gayung

Menurut Ustaz Abdul Razak, kerjasama erat antara ahli dan sokongan Datuk Nizam sebagai Imam Khalifah Besar memberi semangat untuk terus memperkasa seni silat di Sabah.

Beliau menyeru masyarakat untuk menyokong usaha ini agar seni silat dapat terus berkembang. Seterusnya menjadi pemangkin perpaduan, dan membentuk generasi muda yang berakhlak mulia.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *