TAWAU – Program Marhaban Ya Ramadan Anjuran TawauFM telah diadakan di Masjid Al-Kauthar bagi mengalu-alukan bulan Ramadan yang akan datang pada tahun ini.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas telah merasmikan program itu disini, Ahad lalu.

Nizam berkata, program ini juga bukan sahaja untuk mengalu-alukan kedatangan Bulan Ramadan malah memberi peringatan kepada masyarakat Tawau berkenaan dengan bulan penghulu sekalian bulan.
” Kita seharusnya bersiap sedia dalam menduduki bulan ramadan. Khususya kepada orang yang beragama islam kerana bulan ini merupakan bulan suci bagi umat islam .
” Program ini juga memberikan manfaat dan kebaikan kepada masyarakat. Hal ini kerana dapat melibatkan jemaah-jemaah masjid untuk turut serta dalam mengikuti program ini . Difahamkan juga program ini juga dijayakan dengan kerjasama dari jawatankuasa-jawatankuasa Masjid Al-Kauthar, Tawau,” katanya.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Menyemarakkan Bulan Ramadan
Turut hadir, Pengerusi Masjid Al-Kauthar Tawau, Hj Khalid Hj Tahir. Khalid berkata, jawatankuasa masjid akan sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin menganjurkan aktiviti keagamaan di kawasan masjid itu.
” Tahun ini merupakan tahun ke-2 kami pihak masjid berkolaborasi dengan pihak TawauFM bagi menganjurkan program sebegini. Program ini juga mendapat sambutan dari masyarakat Tawau.
” Semoga dengan adanya anjuran program ini, kita dapat menyemarakkan lagi kelak bagi memberikan peringatan kepada masyarakat tentang kepentingannya bulan ramadan terhadap umat islam.

Difahamkan menurut beliau, jawatankuasa masjid akan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan dan kerohanian bagi mengimarahkan lagi bulan ramadan tahun ini.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.