‘Runner’ Dadah Warga Asing Dicekup Polis

dadah

TAWAU – Polis berjaya menumpaskan satu aktiviti pengedaran dadah di sebuah kawasan kebun sawit di Jalan Air Panas, Tiku, Tawau pada 26 Februari 2025.

Dalam operasi yang oleh dijalankan oleh Pasukan Polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis Daerah Tawau sekitar jam 2.30 petang itu, seorang lelaki warga asing berusia 54 tahun ditahan. Dalam masa yang sama, dadah jenis syabu seberat 2,101.50 gram berjaya dirampas.

dadah
barang rampasan oleh pihak polis

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, dalam sidang medianya berkata, suspek ditahan dalam keadaan mencurigakan ketika berada di lokasi kejadian.

Pemeriksaan lanjut mendapati suspek memiliki sebuah beg plastik hitam berisi dua peket plastik keemasan. Peket tersebut mengandungi bahan hablur jernih disyaki syabu.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

“Siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang ‘runner’ yang dipercayai membawa masuk dadah dari luar daerah ke Tawau. Walaupun ujian air kencing suspek didapati negatif dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau, siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952”, katanya.

dadah
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin dalam sesi sidang media

Bantu Siasatan Pengedaran Dadah

Menurut ACP Jasmin, suspek kini direman sehingga 6 Mac 2025. Hal ini bagi membantu siasatan lanjut mengenai sumber dan rangkaian pengedaran dadah tersebut.

Pihak polis menegaskan bahawa aktiviti pengedaran, pemilikan, atau penyalahgunaan dadah adalah satu kesalahan serius. Orang awam digesa untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu membanteras jenayah ini demi keselamatan masyarakat.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *