TAWAU – Benta Wawasan Sdn Bhd memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi di Sabah, khususnya dalam industri perladangan dan pengurusan sumber. Sebagai anak syarikat Yayasan Sabah, Benta Wawasan bukan sahaja menjana keuntungan tetapi turut menyumbang kepada pembangunan sosial dan pendidikan melalui dividen kepada Yayasan Sabah.

Pengerusi Lembaga Pengarah Benta Wawasan, Datuk Hj Abdul Karim Hj Abdul Wahid, menyatakan bahawa syarikat telah mencapai prestasi memberangsangkan pada tahun lalu. Hal ini membolehkan ia terus menyokong pelbagai inisiatif sosial. Beliau ditemui dalam Majlis Berbuka Puasa anjuran Benta Wawasan yang diadakan di Dewan Sri Tawau.
Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada 10 madrasah dan pusat tahfiz di Tawau. Sumbangan ini sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat dalam membantu institusi pendidikan Islam.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Majlis Iftar Ramadan yang berlangsung di Dewan Sri Tawau ini turut merangkumi beberapa program utama. Termasuk penyampaian sumbangan korporat kepada madrasah dan pusat-pusat tahfiz di wilayah Tawau.

Selain itu turut berlangsung sesi tazkirah Ramadan Al-Mubarak yang disampaikan oleh Ustaz Mujahid bin Abdul Hak daripada JHEAINS Tawau. Setelah itu, solat Maghrib berjemaah diadakan yang diimamkan oleh Ustaz Badrul Amin bin Kadiru. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif BWSB, Tuan Hj Amran @ Ambran Bin Peang, serta kumpulan pengurusan syarikat.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.