Jambatan Penghubung Kampung Baru Pasir Putih dan Logpond Akan Menjadi Realiti Tidak Lama Lagi – Andi

jambatan

TAWAU – Projek pembinaan jambatan yang dinanti-nantikan untuk menghubungkan Kampung Baru Pasir Putih dengan Logpond di Tawau bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, menurut Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri Sabah, YB Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy.

jambatan
Sumbangan kepada Golongan Asnaf di Kampung Baru Pasir Putih

Pengumuman ini dibuat semasa beliau merasmikan Program Sentuhan Kasih dan majlis berbuka puasa di Masjid Al-Falah, Kampung Baru Pasir Putih. Program ini dianjurkan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) serta Komuniti Madani Pasir Putih, dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Tawau, semalam.

Menurut Andi, yang juga Ahli Parlimen P.191 Kalabakan, projek jambatan ini telah berada di peringkat reka bentuk. Projek ini telah dijadualkan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13), berdasarkan maklum balas daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Sebagai anak jati kampung ini, saya berharap projek ini dapat dilaksanakan secepat mungkin. Hal ini kerana ia adalah keperluan penting untuk memastikan keselesaan dan kemudahan penduduk di kawasan ini,” ujarnya.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Jambatan Penyelesaian Perhubungan

Beliau menegaskan bahawa jambatan tersebut akan menjadi penyelesaian kepada cabaran perhubungan antara Logpond dan Kampung Baru Pasir Putih. Hal ini sekali gus memudahkan pergerakan penduduk serta menyokong pembangunan komuniti setempat. “Projek ini bukan sekadar infrastruktur, tetapi lambang komitmen untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk kampung,” tambahnya.

Selain daripada perkembangan jambatan, Andi turut menyentuh mengenai Program Sentuhan Kasih yang diadakan bersempena bulan Ramadan. Program ini, yang melibatkan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada 25 golongan asnaf. Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim dan membantu mereka yang memerlukan. “Saya bersyukur program seperti ini menjadi rutin setiap Ramadan, dan saya mengucapkan terima kasih kepada pihak swasta yang turut menyumbang,” katanya.

jambatan
Sidang Media bersama Datuk Andi

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai Penerangan Daerah Tawau, Encik Azuary Abdul Azis, dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.71 Tanjung Batu, Datuk Saharuddin Salleh. Dengan perkembangan projek jambatan ini, penduduk Kampung Baru Pasir Putih dan kawasan sekitar kini menantikan impak positif yang bakal dibawa dalam masa terdekat.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *