Peranan KRT sebagai Alat Perpaduan Kaum dalam Masyarakat

TAWAU – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia, khususnya di Sabah. Sebagai sebuah platform perpaduan, KRT berfungsi untuk memperkukuh keharmonian dalam kalangan rakyat dengan menganjurkan pelbagai program yang mendekatkan masyarakat setempat.

Melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, ia dapat mewujudkan rasa kebersamaan serta memupuk nilai toleransi dan hormat-menghormati antara kaum dan agama.

KRT
Datuk Nizam merakam kenangan bersama penganjur program

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, menegaskan bahawa KRT perlu terus relevan sebagai alat perpaduan di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, program seperti Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan 2025, yang dianjurkan bersama 10 KRT di Perkarangan Muzium Tawau, merupakan contoh terbaik dalam merapatkan hubungan antara masyarakat setempat.

Program seumpama ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dan ahli KRT, tetapi juga membentuk kesedaran bahawa perpaduan adalah kunci kepada kestabilan negeri dan negara. Jika kita berpecah belah kerana hasutan atau berita palsu, kita yang akan rugi,” ujarnya.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar berhati-hati dengan penggunaan media sosial kerana ia sering menjadi punca kepada perpecahan. “Sebelum mempercayai sesuatu berita, kita harus meneliti sumbernya dan tidak menyebarkan perkara yang boleh merosakkan perpaduan,” tambahnya.

Dalam program tersebut, Datuk Nizam turut menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan anak jati Sabah sebagai ketua di sebuah kementerian yang bertanggungjawab menyatupadukan rakyat. Menurutnya, ia adalah satu pengiktirafan kepada Sabah dan Sarawak sebagai model perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

KRT
Datuk Nizam ketika ditemui media

Datuk Nizam ditemui ketika menghadiri program Gerak Rahmah bersama pemimpin-pemimpin KRT, pegawai kerajaan, serta penduduk setempat. Program ini menampilkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang bertujuan memperkukuh hubungan antara komuniti dan memperkasa peranan KRT sebagai pemacu perpaduan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *