Air Balang Madani D’ Esabil Luncur Inisiatif Berjual Sambil Berkongsi Rezeki

air balang

TAWAU, — Dengan persaingan sengit dalam perniagaan minuman di bazar Ramadan, Air Balang Madani D’Esabil tampil dengan strategi baharu untuk menarik pelanggan, iaitu menawarkan harga serendah RM2.00 bagi setiap air balang yang dijual.

Peniaga yang sebelum ini dikenali dengan jenama D’Esabil Mango Float kini telah menukar banner dan nama perniagaan kepada Air Balang Madani sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula serta inisiatif menarik pelanggan.

air balang
Gerai Jualan Peniaga Air Balang Madani bertempat di Bazar Ramadan Sabindo

Menurut pemilik gerai yang dikenali sebagai Mie Dang, mereka menawarkan lapan jenis pilihan air yang kebanyakannya menggunakan perisa Sunquick. Termasuklah oren, sirap laici, mangga, ribena laici, lemon, blueberry, lemon teh ais, dan berry laici.

“Kami memulakan perniagaan setiap hari dari jam 3 petang hingga 7 malam. Dahulu kami menjual pada harga RM3.00 dan RM5.00. Tetapi kali ini kami turunkan harga kepada RM2.00 sebagai satu bentuk sedekah serta untuk menarik lebih ramai pelanggan,” katanya.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Persaingan Sengit, Peniaga Ambil Inisiatif Baharu

Peniaga ini turut mengakui bahawa sambutan terhadap jualan air balang sedikit perlahan pada tahun ini, memandangkan terdapat terlalu banyak gerai menjual minuman di bazar Ramadan.

“Sekarang, pelanggan lebih memilih harga yang berpatutan. Dengan ramai peniaga air di sini, kami perlu mengambil inisiatif sendiri, menukar cara berniaga, dan memperkenalkan harga yang lebih mampu milik.”

Selain itu, peniaga turut memanfaatkan platform media sosial untuk mempromosikan jualan mereka.

air balang
Sesi Temubual Bersama Peniaga

“Kami juga buat promosi di media sosial, sebab dalam perniagaan macam ini. kita kena cari cara untuk buat orang tahu tentang produk kita. Kalau boleh viral dengan harga berpatutan, itu lebih baik.”

Dengan strategi baharu ini, Air Balang Madani D’Esabil berharap dapat menarik lebih ramai pelanggan ke gerai mereka. Pada masa yang sama, dapat membantu orang ramai mendapatkan minuman berbuka puasa pada harga yang lebih murah.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *