Penduduk “Kampung Bazhong” Kini Di Tahan.



Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Tawau (MPT) telah menjalankan sebuah operasi bersepadu dan telah menahan 13 orang gelandangan. Perkara ini dimaklumkan oleh Presiden MPT, Joseph Phang.

Operasi yang berlangsung selama 2 jam itu memberikan tumpuan kepada tiga lokasi yang dikesan sebagai kawasan panas bagi golongan gelandangan ini iaitu, Bazhong, Hotspring dan Sabindo. 

Tiga buah pondok yang menjadi tempat perlindungan sementara oleh gelandangan tersebut telah dirobohkan dalam operasi yang sama.

Dalam membendung usaha untuk menangani masalah gelandangan ini, operasi bersepadu telah dijalankan dan disertai oleh pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



Joseph Phang berkata, MPT juga komited untuk melaksanakan beberapa operasi susulan bagi mengatasi masalah gelandangan terutama sekali masyarakat pala’u.

Pihaknya memandang serius akan isu ini. Justeru, satu mesyuarat khas bersama agensi terlibat akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi mencari solusi terbaik bagi menyelesaikan isu ini. 

Sumber : Bes Tawau Fm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *