Pesara Kerajaan Sabah Terus Aktif, Kukuh Silaturahim di Kejohanan Golf Raya

pesara

TAWAU – Golongan pesara kerajaan negeri Sabah terus membuktikan bahawa persaraan bukan pengakhiran, sebaliknya permulaan kepada fasa baharu yang lebih aktif dan bermanfaat untuk masyarakat. Biarpun tidak lagi memegang jawatan rasmi, mereka tetap berperanan sebagai ejen penyatu masyarakat dan penyumbang pengalaman kepada pembangunan negeri.

Baru-baru ini, seramai 100 peserta telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Golf Hari Raya Aidilfitri. Program ini dianjurkan Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Sabah Cawangan Semporna yang berlangsung meriah di Shan Shui Golf & Country Club, Tawau.

Program ini bukan sahaja menjadi medium untuk meraikan sambutan Aidilfitri, tetapi turut memperkukuh hubungan antara pesara dan masyarakat setempat melalui aktiviti sihat dan berprestij seperti sukan golf.

pesara
Datuk Nizam merasmikan kejohanan yang berlangsung. Foto – M.Azizul

YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Apas yang hadir merasmikan kejohanan itu, menyatakan penghargaan kepada penganjur serta mengajak golongan pesara agar terus kekal aktif dalam pelbagai aktiviti.

“Saya ingin menyatakan rasa sukacita dan syabas kepada pihak penganjur atas inisiatif menganjurkan kejohanan ini yang berjaya menarik penyertaan lebih 100 peserta. Ia satu pendekatan yang baik untuk merapatkan silaturahim dan membina kekuatan komuniti dalam kalangan pesara dan masyarakat awam,” katanya.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Beliau menekankan bahawa aktiviti seumpama ini amat penting untuk memastikan kesihatan fizikal dan mental pesara terus terjaga. Selain itu, turut menjadi platform mengeratkan hubungan sosial.

“Pesara tidak harus memencilkan diri. Mereka harus terus menyokong usaha pembangunan negeri, menjaga kesihatan, dan menjadi suara yang menyumbang secara positif dalam masyarakat,” tambah beliau.

Menurut Datuk Nizam, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan pesara melalui pelbagai inisiatif termasuk bonus tahunan, program keusahawanan, dan pengiktirafan melalui pingat-pingat kebesaran.

Beliau turut menekankan bahawa pesara kerajaan merupakan antara kelompok yang menerima manfaat daripada pelbagai dasar kerajaan. Selain itu, peranan mereka harus terus dihargai walaupun sudah bersara daripada perkhidmatan.

pesara
Datuk Nizam ketika ditemui media. Foto – M.Azizul

Kejohanan Jalin Ukhwah Pesara Kerajaan

Kejohanan ini sekali gus menjadi bukti bahawa persatuan pesara masih relevan dan berperanan penting dalam menjalin ukhuwah. Selain itu, turut menjadi menyambung hubungan antara bekas penjawat awam, kerajaan dan masyarakat setempat.

Dengan penganjuran kejohanan di Shan Shui Golf & Country Club ini, jelas terbukti bekas penjawat awam terus komited bukan hanya terhadap gaya hidup sihat tetapi juga dalam memperkukuh jaringan sosial demi pembangunan negeri yang inklusif dan berdaya tahan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *