Lori Penuh Dengan Lampu Warna-Warni, Tarik Perhatian Masyarakat.

 

Melalui perkongsian seorang pengguna di media sosial berkenaan dengan acara ‘Show-off Tawau” yang mengumpulkan lori-lori yang dihiasi dengan lampu-lampu yang sangat berwarna-warni. 


Mengikuti perkongsian di Akaun Facebook Chrome WD, program ini berlangsung pada 30 sehingga 31 Mei yang lepas. Program ini dimeriahkan oleh kedatangan lori-lori yang telah lengkap dipasang dengan lampu-lampu bagi memeriahkan suasana. 

Video berdurasi 1 minit 55 saat itu mendapat tontonan ramai daripada netizen. Berikut dikongsikan video yang memaparkan lori-lori berkumpul di kawasan Airport Lama. 


Aktiviti sedemikian pastinya menarik minat masyarakat untuk melihat sendiri keunikan lori-lori yang dihias dengan lampu yang berwarna-warni. Lori-lori ini kebiasaanya dilihat hanya digunakan untuk mengangkat barangan tertentu, namun pada acara sebegini kita dapat melihat pemandu-pemandu lori dengan kreatif menghiasi lori mereka dengan hiasan lampu yang berwarna-warni. 

Melalui komen yang ditinggalkan di video tersebut, acara ini merupakan acara ringkas untuk mengumpulkan lori-lori di kawasan Tawau. Acara ini bakal diteruskan di tempat lain pada masa akan datang. Jom sama-sama kita support abang-abang lori kita. 
Sumber : www.facebook.com/hen.zai.771/videos/2009459372594715 (Chrome WD)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *