Pesta Regatta Lepa Tonjolkan Budaya Masyarakat Bajau Di Sabah

 

Pesta Regatta Lepa Antarabangsa 2022 yang berlangsung sebelum ini menjadi platform terbaik untuk menonjolkan keunikan dan kebudayaan tradisi rakyat Sabah, khususnya masyarakat baju di peringkat dunia.

 

 

Program yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Kebudayaan Kesenian Bajau Semporna Sabah (PEKAS) dapat menarik pengunjung terutamanya pelancong asing yang melancong ke negara ini. 

 

Keunikan dan kepelbagaian budaya yang ditonjolkan menjadi lambang perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri Sabah dan menjadi elemen menarik untuk diketengahkan kepada pelancong asing. 

‘Lepa’ adalah sejenis bot yang digunakan dalam kehidupan harian oleh masyarakat Bajau Semporna. Bot ini digunakan untuk dijadikan sebagai kenderaan harian dilautan dan juga untuk menangkap ikan. 

 

 

Ia juga digunakan sewaktu upacara perkahwinan dan persembahan kebudayaan. Kehidupan unik berteraskan lepa ini dipusakai turun-temurun hingga kini.

Regatta Lepa merupakan acara tahunan untuk semua peminat, pengusaha dan penggiat seni-budaya Bajau dan Lepa berkumpul. 

Melalui perayaan ini, kaum Bajau yang berada di merata tempat termasuk di pulau-pulau akan bertemu, bersosial dan bertanding. 

 

Regatta Lepa umpama perayaan tahunan bagi masyarakat Bajau di daerah Semporna, Sabah sejak tahun 1994.

 

Perayaan ini bukan sahaja meriah di dalam kalangan warga Semporna sebaliknya ia turut berjaya menarik tumpuan ratusan ribu pelancong dari dalam dan luar negara.

Sumber : Utusan Borneo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *