RM11 juta kos yang telah dikeluarkan bagi membina satu lokasi menarik di Tawau iaitu Kolam Renang yang bertempat di Kompleks Sukan Tawau. Kolam ini akan mula dibuka untuk kunjungan umum bermula pada hari Rabu ini.
Menurut Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah iaitu Andi Muhammad Suryady Bandy, masyarakat yang di daerah ini sudah boleh menikmati kemudahan baru yang telah disediakan dikawasan ini.
Pengurusan bagi kolam renang yang diwujudkan telahpun diserahkan sepenuhnya kepada Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSS). Dengan itu segala urusan pentadbiran kolam renang akan dikendalikan sepenuhnya oleh LSS.
Masyarakat diminta untuk menjaga dan memanfaatkan mercu tanda baharu di Daerah Tawau ini agar dapat digunakan untuk tempoh masa yang lama dan dapat menjadi satu platform serta pendorong kepada anak muda untuk berkecimpung didalam sukan renang satu hari nanti.
Bagi tujuan keselamatan, semua pengunjung yang datang ke kolam renang perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak LLS bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Seramai tujuh pengawal terlatih bersiap sedia untuk menjaga keselamatan pengunjung yang datang semasa melakukan aktiviti mandi di kolam renang tersebut.
Untuk masa beroperasi di kolam ini terbahagi kepada dua sesi iaitu 9 pagi sehingga 1 petang dan 2 hingga 4.30 petang. Bayaran tiket masuk pula adalah seperti berikut :