Meninggal Dunia Di Usia 96 Tahun – Ratu Elizabeth II Dalam Kenangan

Ratu Elizabeth telah meninggal dunia di usia 96 tahun setelah keadaan kesihatannya semakin merudum dalam beberapa hari yang lepas.

“Ratu Elizabeth meninggal dunia dalam keadaan yang tenang di Balmoral petang ini” berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Buckingham

Kesihatan Ratu Elizabeth dikhabarkan berada dalam keadaan yang membimbangkan sebelum ini, para doktor yang bertugas menyarankan agar pantauan berterusan diberikan kepada Ratu Elizabeth atas faktor kesihatan.

Ratu Elizabeth yang merupakan pemimpin paling tertua di dunia telah menghidapi masalah kesihatan sejak akhir tahun lalu. Ratu juga disarankan untuk mengurangkan penglibatan dalam acara keraian yang melibatkan ramai orang.

Ini merupakan satu sejarah bagi dunia dengan pemergian Ratu Elizabeth II. Kita menantikan proses pertabalan yang seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *