Pada Sabtu yang lepas, satu mayat telah ditemui di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Utara Taman King Fook, Tawau.
Mayat tersebut dikenal pasti sebagai anggota polis berpangkat lans koperal dan ditemui dalam keadaaan rentung. Selepas ditemui, mayat tersebut di bawa ke Hospital Tawau untuk tujuan bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata,
“Memang berlaku kebakaran di sebuah bilik di mana mangsa ditemui tetapi ketika polis tiba, pintu terkunci dan kita terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak bomba untuk masuk ke dalam.
“Mangsa adalah seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Difahamkan, mayat lans koperal berusia 35 tahun itu mempunyai kesan kecederaan pada kepala, dipercayai akibat tembakan selain turut ditemukan sepucuk senjata api dipercayai milik mangsa yang terletak bersebelahannya.
Diminta mengulas lanjut berhubung kesan tembakan itu, Jasmin berkata, perkara itu masih dalam siasatan.
Cuma setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur khianat atau jenayah,” tambahnya lagi.
Sumber: SINAR HARIAN