“Siapa yang kenal brother ni, bagitahu dia, saya belanja berbuka puasa percuma…”

” Lalu tadi dihighway ,ingat tadi dia tengah main game. Rupanya runner ni tengah duduk membaca al-quran..

Mungkin tengah duduk sambil tunggu order,saudara ni mengisi Masa nya untuk menambah pahala dibulan Ramadhan.

Syabas anakmuda..

Siapa yang kenal brother ni ,bagitahu dia,Saya belanja berbuka puasa percuma di gerai abg ancok selama bulan puasa Kalau dia ada masa kelapangan nya berbuka digerai “…

___

Begitulah, rezeki tidak akan salah alamat. 

Seorang pemuda telah ditawarkan untuk berbuka puasa secara percuma selama sebulan kerana dilihat sedang duduk membaca Al-Quran di tepi Highway Tawau. 

Ditawarkan Berbuka Puasa Secara Percuma

Menerusi perkongsian dari Facebook milik Ismail Sabran Ancok, beliau berasa kagum melihat anak muda ini duduk bersendirian membaca Al Quran lalu berbesar hati untuk menawarkan juadah berbuka puasa secara percuma.


Menurut beliau, pada mulanya dia menyangka bahawa runner tersebut mungkin sedang leka bermain game di telefon sambil menunggu pesanan (order) masuk ke aplikasi.

Runner Tersebut Sedang Leka Membaca Al-Quran 

Bagaimanapun sangkaannya berubah apabila menyedari bahawa pemuda runner itu sebenarnya sedang memegang kitab suci Al-Quran sambil membacanya.

“Siapa yang kenal ‘brother‘ ni, bagitahu dia, saya nak belanja dia berbuka puasa secara percuma di gerai abg ancok selama sebulan berpuasa kalau dia ada masa lapang untuk berbuka digerai,” 

Perkongsian Ismail itu tular di media sosial dan menuai pelbagai komen. Bahkan, pemuda yang dimaksudkan itu juga ada memberi komen di perkongsian tersebut. Ada juga beberapa komen yang menyatakan mereka mengenali pemuda tersebut. 

Kredit: https://www.facebook.com/photo/?fbid=990479565176098&set=a.103172823906781 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *