Wah nampaknya ada lagi sesuatu yang baru di Tawau ni geng!
Tahukah anda, baru-baru ini (22 Mac 2022), isteri TYT iaitu Toh Puan Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni, telah merasmikan sebuah Taman Orkid yang dibina di Bandar Sri Indah (BSI), Batu 10 Jalan Apas Tawau.
Menjadi Tarikan Pengunjung, Mewujudkan Persekitaran Hijau
Taman ini mempunyai keluasan sekitar 1.6 ekar. Agak besar jugak lah kan. Selain itu, terdapat tujuh genere dan sebanyak 30 spesis orkid tempatan dan hybrid yang anda boleh temui di sini.
Taman bunga orkid ini adalah merupakan inisiatif pihak Hap Seng Properties Development Sdn Bhd sebagai usaha menyumbang kepada persekitaran hijau dan sebenarnya ia telah diwujudkan sejak tahun 2019 lagi namun baru sahaja dirasmikan secara formal.
Memenuhi Kriteria Bandar Terancang
“Taman ini dibina berhampiran perumahan Bandar Sri Indah (BSI) untuk mewujudkan sebuah kawasan yang indah, unik dan memenuhi sebagai bandar terancang. Kepentingan taman ini adalah sebagai komponen kesejahteraan sosial rakyat serta boleh dijadikan ruang terapi dalam usaha meredakan tekanan mental dan fizikal.
Saya mengharapkan agar lebih banyak lagi pembangunan landskap pada masa akan datang untuk dinikmati oleh generasi seterusnya,” – Pengurus Besar Hap Seng Properties Development Sdn Bhd, Joanne Wendy.
Ada sudah yang pernah pergi lawat Taman Orkid ni? Boleh kongsikan gambar di ruang komen ya!
Sumber:
- https://www.utusanborneo.com.my/2022/03/22/isteri-tyt-rasmi-taman-orkid-tawau
- https://www.facebook.com/watch/?v=1166140024127130