Hasil daripada sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan oleh sepasukan polis terdiri daripada Mobile Patrol Vehicle (MPV) dan Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPD Tawau di Jalan Tiku telah berjaya menangkap seorang lelaki dan merampas dadah disyaki jenis Syabu anggaran berat 2010.39 gram yang bernilai lebih kurang RM 120,000.00.
Semasa sekatan jalan raya tersebut dijalankan, suspek telah bertindak melarikan dengan kenderaannya namun berjaya ditahan.
Suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada polis Daerah Tawau atas ketangkasan untuk mengagalkan jenayah ini.
Gambar sidang media pihak polis berkenaan dengan tangkapan dadah.
Sumber: Fb Polis Daerah Tawau