SPM | Ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, akan dilaksanakan mulai 2 Mac hingga 29 Mac ini membabitkan seramai 407,097 calon.
Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan (LP) menerusi http://lp.moe.gov.my.
Kepada adik-adik yang bakal menduduki SPM, berikut ialah tips berguna untuk anda!
Tips Berguna Cara Lulus Cemerlang, Skor A!
Senarai 15 Tips SPM 2022;
1) Tetapkan matlamat anda dengan JELAS. Tetapkan berapa banyak A yang anda ingin capai dan set minda anda untuk berfikir ke arah tersebut, “bagaimana hendak mencapai matlamat saya ini?”
Ini dapat membantu meningkatkan motivasi anda dagar lebih bersemangat belajar lagi.
2) Pilih subjek yang sukar terlebih dahulu dan buat latih tubi termasuk soalan ramalan spm sehingga anda berjaya menguasai sepenuhnya. Bak kata orang dulu-dulu, sehingga hafal dan faham semuanya!
Kemudian beralih pula untuk subjek yang kurang mencabar dan seterusnya. Ingat, dari subjek sukar ke subjek senang yang anda kuasai.
3) Bijak bahagikan masa. Jangan habiskan masa belajar sahaja, anda juga perlu berehat dan menenangkan fikiran dengan pelbagai aktiviti.
Dari segi pembelajaran, peruntukkan masa yang lebih lama untuk subjek yang susah dan atur jadual belajar anda sebaiknya.
4) Tetapkan waktu belajar. Anda pasti tahu anda lebih mudah untuk sennag belajar pada waktu apa kan? Jikalau anda rasa lebih senang dan selesa belajar waktu tengah malam peruntukkan masa tersebut untuk tumpukan pelajaran yang sukar.
Begitulah sebaliknya jikalau anda lebih selesa belajar selepas bangun dari tidur atau selepas anda solat Subuh, pastikan anda gunakan masa tersebut sebaiknya.
6) Amalkan pemakanan yang sihat. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Tubuh anda perlukan tenaga untuk memudahkan anda belajar.
7) Pilih tempat belajar yang sesuai. Jangan belajar di atas katil kerana secara psikologinya, anda akan mudah mengantuk dan sukar fokus.
10) Jaga hubungan dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Sentiasa minta doa dan restu daripada mereka. Dan yang paling utama, jaga hubungan dengan Tuhan.
11) Buat nota yang ringkas, tepat dan padat. Dengan menulis nota sendiri, ingatan anda akan lebih kuat. Tapi pastikan, anda paham apa yang anda tulis. Warnakan dengan warna terang fakta dan point-point penting.
Perlu SEBUT fakta dan point penting yang perlu diingat itu, sebut berkali-kali sambil menulis dan warnakan. Amalan ini akan menguat daya ingatakan anda.
12) Jangan lupa kekuatan study group. Sentiasa berkongsi ilmu dan berbincang dengan rakan.
13) AJAR, AJAR dan terus berkongsi ilmu dengan seberapa ramai kawan-kawan supaya menguatkan lagi daya ingatan dan kefahaman anda.
14) Pastikan anda tidur dengan cukup agar tidak mengantuk ketika menjawab soalan. Percayalah, sekiranya anda tidur dengan cukup, anda dapat berfikir dengan lebih baik untuk menjawab soalan.
15) Siapkan segala keperluan yang anda perlukan seperti kad pengenalan, alat tulis, slip peperiksaan dan lain-lain. Letakkan di dalam satu tempat agar memudahkan anda.
Mulakan menjawab dengan doa!
Sekiranya tengah jawab jem pula, tak ingat. Bertenang. Jangan gelabah, sebaliknya beristighfar, selawat dan berzikir. Cuba berfikir dengan tenang sambil sambung jawab semula. Akhir sekali, bertawakkallah.
Semoga berjaya!
__
Sumber:
- https://www.um.edu.my/docs/um-magazine/booklet131218.pdf
- https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/928256/peperiksaan-spm-bermula-rabu-ini