Harga Tiket ke Sabah dan Sarawak Mahal! Ini Penjelasan Yang Perlu Kita Tahu



Apabila tibanya musim perayaan dan cuti sekolah, sudah pasti anda yang berada di perantauan berniat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Ingin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Tetapi, bila tengok harga tiket pulang, terus tepuk dahi. “Wuinah mahalnya!”



Mesti anda tertanya-tanya kenapa harga tiket penerbangan menjadi mahal dan ‘tak logik’, Kadang sampai RM1,000, kadang lebih! tetapi dalam situasi lain, harga tiket dijual pada harga yang murah.

Contohnya, soalan yang diajukan oleh ramai pengguna media sosial termasuk follower TawauKini sendiri – mengapa harga tiket Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak melambung tinggi meskipun kedua-dua negeri ini milik Malaysia.


Antara komen netizen berkenaan isu tiket penerbangan yang mahal.

Bagi menjawab persoalan penting ini, jawapannya adalah overflight fees. Iaitu satu bayaran yang dikenakan oleh syarikat penerbangan asing bagi menggunakan ruang udara sesebuah negara.

Tetapi, mengapa Malaysia perlu membayar overflight fees sedangkan Negeri Sabah dan Sarawak milik Malaysia? Kita akan mengupas satu persatu selepas ini. Sekarang, mari kita lihat kepada skop yang lebih besar.

Konsep overflight fees ini sama seperti hak negara tersebut ke atas tanah milik mereka di mana mereka juga mempunyai hak ke atas ruang udara mereka.




Untuk anda fahami dengan lebih jelas, kebanyakan negara ‘menyewakan‘ ruang udara kepada syarikat penerbangan asing bagi memberi keizinan kepada mereka untuk terbang.

Bayaran ini bukan sahaja merangkumi hak ruang udara itu, tetapi turut melibatkan perkhidmatan kawalan trafik udara.

Bagi bayaran yang melibatkan kawalan trafik udara pula, bayaran dikenakan adalah berbeza mengikut setiap perkhidmatan kawalan trafik udara di negara-negara tertentu.

Contohnya, Kanada mengambil kira berat pesawat bagi bayaran untuk khidmat kawalan trafik udara, sementara itu Amerika Syarikat mengenakan bayaran mengikut jarak yang digunakan.

Terdapat sesetengah syarikat mengambil laluan penerbangan yang jauh bagi mengelak daripada dikenakan bayaran yang tinggi.




Bagi menjawab persoalan anda, tiket penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak menjadi mahal disebabkan oleh kebanyakkan syarikat penerbangan terpaksa melalui ruang udara Singapura!

Beberapa bayaran perlu dilunaskan oleh syarikat penerbangan tersebut bagi melalui ruang udara Singapura sebelum anda sampai ke Sabah dan Sarawak. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *