Melalui tweet daripada seorang pengguna Twitter (@muhfadlijuair) semalam, foto yang dipaparkan menampakkan signboard berlampu Suria Sabah Shopping Mall yang mengalami masalah teknikal, yakni huruf Su dan Sa terpadam sekaligus mewujudkan perkataan “ia bah”, perkataan yang sinonim dengan masyarakat sabah dalam mengiyakan dan membenarkan sesuatu.
Cipta Soalan Rambang
Pengguna Twitter tersebut menambah ayat soalan rambang sekaligus mewujudkan sebuah dialog yang lucu dan mencuit hati.
Tular di Media Sosial
Foto tersebut mendapat 161 kicauan dan 149 like, sementara mendapat perhatian meluas di Facebook dengan 1,200 like dan 1,300 share di halaman facebook TawauKini.
Tak sangka dari masalah teknikal boleh bagi sebuah ‘simple comedy’ buat orang Sabah. Semoga pihak Suria Sabah dapat memperbaiki masalah teknikal tu ya!