Resepi Sanggar Pappek Makanan Tradisi Orang Bugis | Sanggar Pappek atau Bahasa Melayunya Pisang Penyet / Pisang Ketuk. Sanggar Pappek merupakan makanan tradisi bagi suku kaum bugis yang mana sanggar bermaksud pisang dan pappek membawa maksud penyet. Menu ini sangat sinonim dan antara yang popular di kalangan orang bugis di Negeri Sabah. Lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama sambal ketika minum petang. Aduh!
Cara pembuatannya sememangnya mudah dan ringkas. Namun, bagi menambah “ummph” sanggar pappek ini wajib di makan bersama sambal belacan bagi melengkapkan kelazatannya. Makan tanpa sambal confirm tak lengkap. Lagi pedas lagilah sedap!
Sanggar Pappek dan Sambal |
Resepi Sanggar Pappek
1) Bahan-bahan Sanggar Pappek
2. Minyak masak
2) Cara membuat Sanggar Pappek
2. Kemudian, goreng pisang dalam minyak yang panas sehingga bewarna kekuningan.
3. Pisang yang telah di goreng dipappek ( dipenyet ) menggunakan lesung batu (pastikan bersih)
4. Goreng semula pisang yang telah dipappek sehingga menjadi ranggup ( bergantung dari selera kamu nak garing atau tidak )
5. Sedia untuk di hidangkan.
Sambal Sanggar Pappek
Bahan-bahan Sambal Sanggar Pappek
2. 3 ulas bawang putih – digoreng dan tumbuk
3. Tomato – di goreng dan tumbuk
5. Belacan
5. Cili Api
6. Garam
7. Limau
Cara membuat Sambal Sanggar Pappek
2. Cili api di tumbuk dan dimasukkan bahan-bahan yang digoreng tadi.
3. Sebatikan tumbukan bahan-bahan dan masukkan belacan.
4. Masukkan garam secukupnya serta Limau
5. Siap untuk dihidangkan.
Nota Tambahan
Resepi sambal boleh diubah mengikut cita rasa masing-masing. Pastikan pisang tersebut masih mentah ( pisang muda ), kalau pisang dah masak tak sesuai di gunakan.
Sanggar Pappek ni sedap dimakan time panas-panas. Bila sejuk rasa tak berapa nak nikmat. Bagi mengelakkan tangan anda bergetah semasa mengupas pisang, pisang perlu direndam dalam air yang bercampur sedikit garam.
Mudahkan? Sedapnya tu kalau dimakan time petang-petang, dihidangkan bersama teh panas dan dijamah bersama keluarga. Fuh!