Kampung Hidayat Batu 4 Digempur Agensi Penguatkuasa

Tawau, 21 Februari 2020 – IPD Tawau mengetuai agensi penguatkuasa yang lain terdiri dari Jabatan Imigresen, SESB, MPT, AADK dan Suruhanjaya Tenaga telah menjalankan Ops Bersepadu Khas bagi mencegah aktiviti jenayah di kawasan Batu 4 Jalan Apas subuh tadi.

Operasi selama 6 jam tersebut, pasukan operasi berjaya mengesan dan membanteras pelbagai kesalahan jenayah dan penyeludupan selain kesalahan-kesalahan melibatkan imigresen dan dadah.

Hasil pemeriksaan di Kampung Hidayat Batu 4, pihak polis berjaya merampas sebanyak lebih kurang 360 karton rokok seludup pelbagai jenama di salah sebuah rumah kayu yang didiami seorang wanita.

Suspek yang juga wanita berumur 35 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dipercayai menjual rokok tersebut di sekitar daerah Tawau selain diedar ke luar daerah lain.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Selain daripada itu, pihak SESB dan Suruhanjaya Tenaga telah membuat pemotongan dan pembersihan sambungan eletrik secara haram di kawasan tersebut.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *