5 kawasan “angker” di daerah Tawau Sabah

Penulis: Syahirah S

Setiap penduduk Tawau mesti pernah dengar celoteh-celoteh mengenai tempat-tempat angker di daerah Tawau ini kan? Tidak kurangnya, ada juga yang pernah merasai sendiri pengalaman dikacau ketika lalu di tempat tersebut. Berikut kami bawakan lima kawasan “angker” yang berada di daerah Tawau. Seram bosku! :-

1. Jalan Utara, Perkuburan Islamiah

Sumber: World Scouting
Bagi penduduk Tawau, perkuburan ini memang agak sinonim dan ianya terletak di Jalan Utara. Laluan jalan raya ini memang selalu digunakan untuk ke Bandar Tawau dan juga Merotai. Banyak perkara mistik diceritakan berlaku disini, antaranya ialah kenderaan tiba-tiba rosak di tepi jalan kubur dan ada kelibat wanita berambut panjang selalu melambaikan tangan berdekatan dengan bulatan masjid raya pada waktu malam. Hmmm, biasalah kan? Kuburan kan bosku, memang tempatnya benda-benda begitu. Kalau kita lalu disini, kita berdoa jak banyak-banyak dan sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang sudah pergi.  Moga-moga kita selalu mengingati mati.
2. Jalan Tiku

Sumber : Google Maps
Seterusnya, Jalan Tiku! Jalan Tiku ni merupakan jalan yang selalu digunakan oleh penduduk kampung Kongsi 10 dan juga Ranggu. Nah, siapa tidak tahu yang jalan ni dikelilingi oleh tanaman kelapa sawit kiri dan kanan. Ketiadaan lampu jalan lagi menyamarkan pandangan pemandu, Haih, manalah YB ni mahu pasang lampu jalan. Lagilah muncul perasaan seram tu kalau gelap-gelap. Hari tu, pernah dengar cerita yang di Jalan Tiku ni memang ada benda suka mengikut-ngikut kenderaan di waktu maghrib dan malam. Eeeee, seramnya. Baca-bacalah doa sesiapa yang selalu lalu sini tu ya!

3. Taman Bukit Tawau

Sumber: TripAdvisor

Siapa tidak kenal Table? Taman Bukit Tawau atau dikenali sebagai Table merupakan tempat rekreasi bersama keluarga dan rakan-rakan ketika hujung minggu. Table ni hutan, dan ya memang kita sedia maklum makhluk-makhluk ghaib tinggal di tempat sebegini. Sekitar tahun-tahun terdahulu, Table terkenal dengan cerita tentang penarik-penarik. Cerita ni femes tiap kali ada kes lemas di sungai. Penarik-penarik ni dikatakan mengakibatkan kematian (lemas) dengan cara menarik korban ke tempat air yang lebih dalam. Walahualam. Ini cuma cerita yang pernah didengar. Asbab kematian itu, cuma Allah S.W.T yang tahu. Apapun, ketika beriadah atau mandi di dalam sungai kita kena praktikkan ciri-ciri keselamatan, dan jangan pergi ke tempat yang dalam jika tidak pandai berenang.
4. Perkuburan Katolik, Jalan Apas Batu 6

Sumber : GoogleMaps
Setiap kali menuju ke Lapangan Terbang Tawau, kita akan selalu melalui jalan ini bukan? Jalan ini dikatakan sangat angker apabila tibanya waktu malam. Dahulu, pernah tular yang dikawasan ini terdapat “benda” yang sering melompat-lompat dan menganggu kenderaan yang lalu lalang. Bukan itu saja bosku, ada juga pernah mengadu apabila lalu di tempat ini kenderaan akan terasa berat seperti ada yang mengikut di belakang. Fuh! Bergegar lutut. 

5. Jambatan Putih, Jalan Kuhara

 Ya, jambatan putih bosku. Siapa yang tidak boleh lupa dengan kes-kes kemalangan yang berlaku disini. Semuanya kerap kali mengatakan bahawa jambatan ini selalu mengambil korban, dan kalau bukan korban mesti ada kemalangan kecil selalu berlaku. Ada penduduk berdekatan mengatakan bahawa dulunya kawasan tersebut merupakan hutan dan yang selalu mengakibatkan kemalangan adalah benda-benda tetap yang mengusik disini. Wallahualam. Apapun, kalau tengah memandu atau naik motorsikal tu utamakan dahulu keselamatan, jangan pandu laju dan ingatlah orang yang tersayang!

Sebegitulah tempat-tempat angker yang berada di Tawau ini, kalau kamu ada pengalaman di tempat-tempat ini atau tempat yang tertentu, bolehlah kongsikan pengalaman di ruangan komen. Hati-hati bosku dan jangan takut-takut, apapun terjadi ingatlah pada Allah S.W.T, Dia-lah yang lagi Maha Berkuasa dari sekalian makhluk. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *