5 MAKANAN TAWAU WAJIB BAWA BILA MERANTAU KE LUAR NEGERI

Sudah menjadi rutin para perantau dari Tawau membawa bekalan makanan sebagai santapan di negeri orang. Biasalah, mungkin untuk mengubat rindu ataupun makanan tersebut jarang didapati dimana-mana tempat, lebih-lebih lagi di Semenanjung Malaysia. Berikut merupakan makanan unik daerah Tawau yang seringkali diangkut oleh perantau Tawau :-
1. IKAN MASIN
Sumber foto : Lokayun
Ikan masin ataupun lebih dikenali sebagai ikan kering boleh didapati dengan harga yang sangat murah di daerah Tawau. Apa tidaknya! Tawau terletak berdekatan dengan kawasan laut dan stok ikan masin senang didapati. Aneka ikan masin boleh dibeli di Pasar Besar daerah Tawau ataupun kini dikenali sebagai UTC Tawau. Kebiasaannya, ikan masin ini digoreng, dan dicicah dengan air limau kasturi dan dimakan bersama dengan nasi putih panas. Wah, jangan ada yang lapar bila baca. Ikan masin akan selamanya menjadi idol bila perut terasa lapar.
2. IKAN BILIS
    Sumber foto : Gaya Travel Magazine

Siapa yang tidak tahu kerangupan ikan bilis kalau digoreng boskur? Ya, lebih kurang juga macam ikan masin, ikan bilis juga tidak ketinggalan dibawa ke negeri orang apabila pulang dari Tawau. Ikan bilis ni bukan sahaja menjadi kegilaan orang-orang Tawau sendiri, malahan pelancong-pelancong luar negeri juga turut bersama memborong ikan bilis apabila ingin pulang ke negeri masing-masing. Yalah, jika dibandingkan dengan harga di luar negeri, pasti lebih berbaloi-baloi jika dibeli di daerah Tawau. Apa lagi kalau ikan bilis mata biru? Fuh, lebih ramai peminatnya berbanding kumpulan KPOP BTS. Eh?
3. AMPLANG
Sumber foto : Sabah Tourism Board

Amplang? Amplang merupakan sejenis makanan ringan berasaskan ikan. Kini, amplang boleh didapati dengan beraneka rasa seperti sotong, udang dan juga ketam. Jadi, kamu boleh pilih apapun perasa yang berkenan dihati. Apabila pulang ke negeri orang, jarang penduduk Tawau ketinggalan untuk membawa bekalan amplang ke sana. Amplang ni sedap dikunyah ketika kau sedang nonton cerita Dilan mencintai Milea. Rasanya yang krupkrap juga lebih enak apabila dicicah dengan sos cili umpama Dilan mengatakan kepada Milea dengan kata “Aku rindu, dan kamu harus selalu tahu itu.”
4. MEE KUNING KERING

Sumber: khairati1979

Katakan apa sahajalah tentang mee kuning ini? Mee kuning inilah yang paling terbaik jika dibandingkan dengan mee kuning yang berada di negeri-negeri yang lain. Para perantau dan juga pelancong akan berebut-rebut untuk membeli stok mee kuning kering apabila ingin menuju ke negeri lain sebagai bekalan bagi melunaskan rindu. Uniknya mee kuning ini disebabkan sifatnya yang boleh disimpan lama dan rasanya tidaklah kelat seperti mee kuning basah. Besok-besok bila sampai ke negeri orang bolehlah buat mee tauhu kan?
5. MAKANAN LAUT (UDANG, KETAM, LOBSTER)

             Sumber foto  : SabahBahIni
Siapa yang tidak kenal betapa murahnya makanan laut di daerah Tawau? Ketam saja boleh dapat dengan harga RM10 sekilo. Apalagi lobster dan udang-udang yang besar? Ya, boleh dibeli dengan harga yang sangat murah. Memang rugi para perantau ataupun pelancong yang tidak bawa balik hasil-hasil laut ini ke negeri lain. Tapi tulah, jangan pulak kamu bawa muatan berat-berat. Nanti ditangkap kamu oleh Kastam!
**
Begitulah serba-serbi makanan daerah Tawau yang selalu dibawa pulang ke negeri-negeri lain oleh perantau dan pelancong kita. Bukanlah apa kan? Untuk mengubat rindu akan suasana dan rasa makanan Tawau itu sendiri.
Yalah, kadang kita sedih dan rindu dengan kampung halaman, tapi kalau kita dapat rasa makanan dari Tawau sendiri, bolehlah rindu terubat. Bak kata Milea dalam cerita Dilan “Perpisahan adalah upacara menyambut hari-hari penuh rindu.” Ya, kalau rindu, bolehlah makan amplang kan?
**
Psst, kalau kamu ada tahu apalagi makanan daerah Tawau yang selalu kamu bawa ke negeri lain, cuba bagitahu ya. Bantu-bantu perantau/pelancong kita agar tidak ketinggalan.

Penulis: Syahirah Selamat 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *