Tawau beberapa hari ini digemparkan dengan isu viral Blackpink Tawau di media sosial.
Sekumpulan dance crew iaitu The Spirit Crew dan kumpulan Re:Born membuat kolaborasi untuk menjayakan sebuah cover video tarian “Kpop In Public” yang menjadi trending di serata dunia.
Seramai dua ahli dari kumpulan The Spirit Crew dan dua ahli Re:Born yang menjayakan video tarian ini.
Tak sampai 24 jam kumpulan The Spirit Crew mengupload video ke Youtube, jumlah tontonan video mereka sudah mencapai 85000 ribu orang yang menontonnya. Fuh bukan kaleng-kaleng ya. Beberapa hari lagi sampailah 100000 ribu orang tu.
Walaupun terdapat tentangan dan kecaman daripada segelintir warga Tawa, namun The Spirit Crew menerima kecaman dengan hati yang terbuka dan positif. Mereka juga sudah membuat permohonan maaf kepada warga tawau melalui satu posting mereka di page The Spirit Crew.
Posting permohonan maaf daripada The Spirit Crew kepada warga Tawau
Mereka sedar ada beberapa hal yang terlepas pandang misalnya dari segi pakaian yang mereka akan perbaiki pada masa akan datang. Tujuan mereka melakukan video ini adalah untuk mencabar diri mereka melakukan sesuatu yang belum pernah dicuba lagi.
Semoga The Spirit Crew dan Re:Born akan terus sukses pada masa akan datang. Mana yang terlepas pandang dan mengundang kecaman harap diperbaiki pada masa akan datang. Maju terus The Spirit Crew!