Sebut sak tentang eastern plaza Tawau, apa yang bermain di fikiran kamu? Pawagam? Kbox? Takoyaki? One Buck Cafe? Sedakna tu lepak singgah makan di one buck cafe. Yihakkk.π
Tahukah anda suatu ketika dahulu kala, pada tahun lebih kurang 2010 ke atas Eastern terkenal dengan sekumpulan anak muda yang dikenali sebagai Budak Hot Eastern Plaza (ep)? π
Siapakah budak hot Ep?
Budak Hot ep ialah remaja-remaja sekolah menengah yang dikatakan terkenal atau acah-acah terkenal di Tawau. Gelaran budak hot adalah istilah bahasa Tawau yang lebih dikenali sebagai budak famous gitu.
Budak-budak Tawau yang acah-acah hot ini, akan berkumpul dan lepak di dalam eastern plaza atau tempat lepak paling famous dorang di tangga eastern plaza.
Oh ya, kadang orang Tawau gelarkan dorng ni dengan istilah lago-lago bah. Aina jo. Yalah, lago-lago sebab lepak tanpa arah tujuan. Kesian bah. Lepas tu dorang ni dulu selalulah dikecam dan menjadi bualan mulut orang Tawau sebab aktiviti dorang yang lepak di ep tanpa arah tujuan.
Apa ciri-ciri mahu jadi budak hot ep boskuk?
Senang sak bah kalau kau mahu jadi budak hot ep, janji ada jaket varsitymu dengan topi hip hop tu. Oh ya jangan lupa sekali baju kemeja butang atasnya satu, tapi yang lain di bawah tu kau buka. Nah, kalau kau ada baju-baju ini secara officialnya kau boleh sudah digelar sebagai budak hot ep bha. Janji kau pakai semua ni berjalan di ep. Cukup sudah kau jadi budak hot ep. Kahkahkah. π
Apa aktiviti yang dorang lakukan di Eastern Plaza?
Aktiviti lepak-lepak santai sak bah di ep. Lek2 sak. Santuy.
Tiada apa pun aktiviti yang dorang lakukan. Hanya aktiviti kebiasaan lepak dengan budak hot lain, berjalan2 di sekitar ep, atau duduk2 dalam ep bersama rakan-rakan yang lain. Itulah aktiviti rutin harian budak hot eastern plaza.
Cas hp pun boyeh.. ihiks.
Sampaikan, siapa yang selalu lepak di ep tu ndakda kerja, ah dia-dialah sudah tu budak hot eastern. Tukang jaga eastern konon. Hahahaha
Masih adakah budak hot ep?
Buat masa sekarang macam ndakda sudah bah budak hot ep, ndakda sudah macam dulu-dulu yang lepak di tangga. Hahaha. Mungkin sebab besar sudah kalikan budak2 hot ep. Jadi dorang fikir pasal masa depan dan barangkali kerja sudah. Ntah-ntah berkahwin sudah dan beranak. Tiada siapa yang tahu status terkini budak-budak hot ep keberadaan mereka di mana. Hahahaha
Terima kasihlah budak-budak hot ep sebab mewarnai zaman remaja kami dengan telatah dan perangai kamu. Semoga kamu semua berjaya dan terus sukses menjadi manusia berguna dalam kehidupan.
Ini cerita tentang budak hot ep yang telah lama dilupakan..