Pasar Tanjung Tawau Dikatakan Ada Diserang COVID-19, Ini cerita sebenarnya yang berlaku

Di antara masalah yang berlaku dalam kalangan pengguna telefon pintar yang ada hari ini adalah; mereka suka share semua benda yang tular tanpa semak dulu perkara yang dikongsikan tu betul atau tidak. Paling selalu berlaku kes-kes macam ni dalam group-group WhatsApp. Orang main suka hati jak pergi forward semua mesej-mesej yang dorang dapat.

Masalahnya, bukan semua perkara yang diforward dalam group-group WhatsApp tu betul, ada di antaranya BERITA PALSU. Berita palsu ni, terutamanya yang libatkan isu Covid-19, sudah tentu akan sebabkan orang jadi lebih takut. Ketakutan orang akan cetuskan rasa panik, dan kadang-kadang disebabkan rasa panik ni, orang boleh benda yang bukan-bukan.

Ini kes yang berlaku semalam, dikongsikan oleh https://web.facebook.com/pkktwu/

Selamat petang semua,
Hentikan penyebaran BERITA PALSU!!
TIDAK SAHIH JANGAN KONGSIKAN!!


Berikut antara teks yang dikongsikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita PALSU!!.
Jika berterusan mereka yang terlibat boleh disiasat dan didakwa oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyebarkan BERITA PALSU!!
Sila dapatkan maklumat yang SAHIH daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Boleh rujuk kepada kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah atau Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi PKN SABAH.
TIDAK SAHIH JANGAN KONGSI!!
“NO FEAR, NO RUMOR, NO STIGMA”


JADI LEPAS NI KAMI HARAP WARGA TAWAU AKAN JADI LEBIH BERHATI-HATI KALAU TERBACA DAN KONGSI MAKLUMAT YANG ADA DI GROUP WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL. IKUTI SALURAN RASMI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA UNTUK MAKLUMAT TERKINI BERKENAAN COVID-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *