Tahukah anda SPR baru sahaja melancarkan portal terbaru MySPR Daftar bagi memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi / pemilih secara online.
Portal ini juga membolehkan pengundi sedia ada untuk menukar alamat mengundi. Untuk semakan daftar pemilih anda boleh layari https://pengundi.spr.gov.my/
Umum sedia maklum Kerajaan telah meminda Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang menurunkan umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.
Dengan itu jumlah pengundi pada PRU15 akan datang dijangka menjangkau lebih 22 juta orang, berbanding 14.9 juta pengundi pada PRU14 tahun lepas.
Pendaftaran Pemilih / Pengundi Online
Melalui MySPR Daftar, pengguna bukan sahaja boleh mengisi borang pendaftaran pemilih secara online, malah boleh juga memohon pertukaran alamat tempat mengundi.
Untuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.
Antara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
- Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa
Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:
- Nombor telefon bimbit yang sah
- Emel yang sah
- Gambar depan kad pengenalan
- Gambar swafoto bersama kad pengenalan
Contoh gambar swafoto seperti di bawah:
Pendaftaran Pemilih / Pengundi Online
Pendaftaran pemilih online boleh dibuat di https://mysprdaftar.spr.gov.my/
Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.
Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual. Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda pengesahan.
Sebaik disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
Caranya:
Selepas login, akan terpapar paparan dashboard seperti di bawah, kemudian klik Status Saya.
Sekiranya terpapar anda belum daftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
Skrin Borang A akan dipaparkan seperti berikut:
Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang Hantar.
Satu notifikasi akan terpapar untuk memohon pengesahan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda. Kemudian klik Mohon TAC.
Sekiranya No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang dimasukkan betul, sistem akan menghantar SMS ke telefon bimbit pengguna dan ruangan input No. TAC akan dipaparkan.
Selesai hantar borang, tekan butang “HANTAR/CETAK BORANG A”. Cetakan Borang A akan dipaparkan seperti di bawah:
Pertukaran Alamat Mengundi
Untuk pertukaran alamat tempat mengundi, ulangi langkah yang sama seperti di atas.
Kemudian akhir sekali anda boleh cetak borang A yang dikemaskini untuk rujukan akan datang.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian +603-8892 7018 dalam waktu pejabat atau melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.